Incident


Tengok kesan warna putih tu! Haa tu la kesan geseran tapak pemijak Kembara yang saya pandu dengan divider taman. Hari pertama bagi saya untuk pandu sendiri ke tempat kerja, saya dah buat satu cerita di pagi itu. Saya silap pusing stereng semasa mengundur. Sejujurnya itulah kali pertama saya memandu selepas hampir setahun mendapat lesen. Geseran itu agak kuat hingga teman sebilik saya keluar rumah dari tingkat atas kerana risau akan saya. Saya memang panik waktu itu. Serasa ingin menangis. Itulah hari pertama saya bekerja (OJT) selain masih terasa sedih kerana ditinggalkan mak abah di tempat orang. Sudah setahun lebih saya tinggal bersama mereka dan kini saya terpaksa berpisah jauh beratus-ratus kilometer dengan mereka. Perasaan saya masih belum tenang tapi saya telah 'diuji' dengan incident itu.
Abah berikan saya tanggungjawap iaitu Kembara itu. Saya pula terpaksa memandunya selepas hampir setahun saya tidak memegang stereng. Aduhai terasa berat sangat beban yang harus saya galas. Takut! Itulah rasa yang paling utama yang saya rasakan dalam hati.
Dalam keadaan tidak tentu arah itu, akal saya terpanggil untuk minta tolong jiran. Ya mungkin itu satu masalah kecil, tapi bagi saya yang baru ingin mengenal pemanduan, ia sesuatu masalah besar. Saya dengan rasa ingin menangis berjalan ke arah jiran rumah depan meminta tolong. "Abang boleh drive manual tak? Saya baru pindah sini dan ni kali pertama saya drive. Saya dah takut, tak tau nak watpe"...huhu. Jiran tu dengan baiknya tolong la saya betulkan posisi kereta dengan masih ada geseran. Ia tetap kuat tapi kalau saya yang teruskan, mungkin lagi teruk dan kuat pula saya menangis. Hahaha..
Selepas betulkan posisi kereta tu, jiran berpesan supaya jangan malu kalau ada apa2 masalah. Beritahu je dengannya..hehehe. Patutlah dia cakap camtu, dia ketua blok kat situ. Buat beberapa minggu, saya tidak memandu ke tempat kerja. Saya carpool ngn teman serumah saya yang bekerja di tempat yang sama. Sekarang saya sudah berani memandu ke tempat kerja, namun saya masih belum cekap. Tapi takpe lah, semua perkara take time kan..hehee

18haribulan

today's lesson are to create HV lot status report with engineering inventory and post-fab inventory report, and soooo.. many reports. berpinar-pinar mata saya tgk files dlm format excel tu. mentor saya ajar dengan cekapnya hingga saya terpegun, tp xsemua dpt saya follow. yelah, kan perlu masa n byk practice. take time, ok...

hari ni juga saya telah dpt SERI certification. xlama lagi I'll become SERI writer then one nice day saya boleh jalankan lot saya sendiri.

"there is different between smart engineering and regular engineer. he/she can complete his/her work within 20 minutes while others takes a day to complete their work. not because they work till 10pm, shows that they are good engineer" - kak lisa -

my new routine onward..

rutin harian semakin terisi padat.. tak sedar masa berlalu begitu pantas. pukul 6 bangun tidur, mandi then solat. masuk kje opss..training kul 8, balik kul 5. balik kje mandi then basuh kain. lps maghrib p makan kt luar..d'abadi, mutiara junjung, nurha's and unknown kedai makan jadi pilihan utk smgu ni. harap hidup lebih teratur dan selesa...aminnn

up