post-raya

Hari pertama kembali ke office selepas lebih seminggu bercuti. Arghh malasnya! Blurr..

=(| ulangtahun


Selamat Hari Lahir ke 17 untuk Iman. 









Location:  Jusco Metro Prima, Kepong
Date: 26 Sept 2009
Time: 12.05PM

Kulim - KL

Baki cuti tinggal hanya 2 hari je. Ahad nanti dah kena balik Kulim. Arghh..sedihnya + malas nak mulakan kje. Ahad nanti, awal² pagi dah nak mulakan perjalanan. Harap² dapat gerak dalam pukul 7 macam seminggu lalu semasa buat perjalanan dari Kulim ke KL. Hari tu saya konvoi dengan K.Min dan Qama. Dorang berdua naik kereta yang sama. So konvoi 2 kereta la ni. Alhamdulillah, perjalanan lancar di lebuhraya PLUS menghala ke Selatan.

Tapi ade cerita yang agak menarik untuk saya kongsikan..hehe. Pagi tu saya sahur dengan air Nescafe, so kebiasaannya saya akan kerap kencing la. Saya called K.Min supaya berhenti di mana² hentian yang terdekat. Tapi lebih 5 kali saya cuba, K.Min tak jawap panggilan saya. Mungkin dia tak perasan ada call. Adoyai macam mana ntah saya nak btau K.Min ni. Dekat² dengan Hentian Sebelah Taiping, saya pintas kereta Qama dan bagi signal ke kiri tapi malang bagi saya, Qama pintas saya semula..bertambah malang hentian tu ditutup untuk penyelenggaraan. Takpe² boleh tahan lagi ni. Saya teruskan perjalanan di belakang kereta Qama. Sampai dekat² dengan hentian seterusnya, saya nekad nak berhenti jugak. Takpe lah kalau dorang nak teruskan perjalanan tanpa saya..InsyaAllah takde pape.

Sebelum ke tandas, K.Min called, dia baru perasan saya takde di belakang.
"Norin nape benti? Ada masalah ke?"
"Tak..orang nak kencing. Orang called K.Min banyak kali..uhuk tapi K.Min tak angkat."
"Sorry².. akak tak perasan."
"Takpe².. K.Min ngan Qama gerak la dulu, takyah tunggu orang. InsyaAllah takde pape. Orang OK. Kirim salam kat Qama ye. Selamat Hari Raya, K.Min"
Saya pun pergilah membuang hajat. Selesai kencing (hehe), belum pun saya start engine kereta, K.Min called lagi.
"Norin kat mana ni?"
"Orang kat sini lagi. Baru balik dari toilet. K.Min kat mana?"
"Akak kat depan ni. Berhenti, tak gerak"
"Hah, K.Min tunggu orang ke?"
"Eh, tak...jammed. Jammed tak gerak langsung. Nasib baik Norin singgah kencing tadi. Kalau tak..terkencing atas highway plak nanti. Hehehe"
"Heeeee" =D
Saya pun start engine kereta, dan sedia untuk mulakan perjalanan. Terpandang meter minyak yang tak sampai separuh, dan terjeling Caltex di sebelah kiri, tapi tak sedetik pun hati ni nak isi minyak. Selambe je!

Belum pun 15mins perjalanan, saya pun sampailah di tempat yang mula jammed tu. Pastu barulah menyesal nape tak isi minyak tadi. Padan muka! Dengan selambe gak saya matikan engine kereta selepas terngiang kata K.Min yang jammed tak bergerak..hehe. Huih lama gak la tersangkut dalam jammed tu. Pastu tiba² barulah gerak sikit², gelabah saya start semula engine kereta..hee =D. Rupanya ada lori tangki minyak Esso terbakar. Lepas je lintas tempat kejadian tu, perjalanan pun kembali lancar. Saya singgah di R&R Sg.Perak untuk isi minyak. Selepas tu, disebabkan tak berkonvoi lagi, saya bawak satu dua..satu tiga. Kekadang tu tak sedar boleh sampai satu empat..satu lima. Sumpah saya tambah tekanan pada accelerator tu. Tiba² je boleh sampai satu lima. Sekarang ni risau gak kalau² lepas raya ni dapat surat cinta..huhu.

Saya.......

Hati saya sakit..
Saya sedih..
Saya kecewa..
Harapan saya tak kesampaian..
Saya geram..
Saya marah..
Saya bingung..
Saya rindu dia..
Tapi mengapa hanya saya?
Mengapa bukan berdua?

Salam EidulFitri

Semakin meningkat usia, semakin hambar kemeriahan EidulFitri dirasai. Namun kedatangan EidulFitri tetap terasa berbeza berbanding hari² biasa, masih ada kelainan dan keistimewaannya.

Dikesempatan ini, saya ingin mohon maaf kepada semua terhadap salah silap yang disedari mahupun yang tidak. Maaf kerana kekangan masa tidak dapat saya mengutuskan kad raya mahupun SMS kepada semua. Namun begitu dengan rasa rendah diri, saya mohon ampunkanlah saya dan minta halalkan kesemuanya.

Jom!

Jom sopin raya..

Jom g Snwy Carnival Mall..

ihik =D

Nk try blh? Huhu..

Pendek.Akal - Pemikiran.Sempit

Pelajar serang Kedutaan Malaysia dengan telur busuk



JAKARTA: Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih 120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia.

Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk perasaan dihalang atau ditahan.

Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang bendera Indonesia.

Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang bendera di pagar kedutaan.

Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan agensi kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk memarahi Malaysia. - Agensi
-------------------------------------
Inilah sikap sebahagian rakyat negara jiran yang sempit pemikirannya. Geram betul saya. Kita tak pernah claim apa². Budaya dan adat antara dua negara ini hampir sama. Bukankah kita serumpun? Lagu Negaraku adalah adaptasi musik dari lagu rakyat Perak hampir lebih 100 tahun lepas. Sedangkan usia lagu Terang Bulan, saya yakin tak sampai pun 100 tahun. So siapa yang menciplak siapa ni? Bosan sangat dengan sikap mereka yang selalu buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Malaysia Truly Asia bermaksud Malaysia adalah negara di mana pelbagai kaum dari Asia berkumpul. Kita adalah negara Multinational. Orang Siam dan Filipin pun dah ramai di Malaysia, apatah lagi orang Indonesia yang dah berkurun beranak-pinak di sini. Adat resam dan budaya mereka dibawa sekali ke sini. Maka tak hairanlah Malaysia punya banyak adat resam, aneka masakan dan tarian yang pelbagai. Namun, Malaysia tidak pernah claim Malaysia punya. Kalau mereka kata Malaysia pencuri, maksudnya mereka menyalahkan kaum keluarga mereka yang berhijrah ke sini dulu. Salahkanlah kaum keluarga mereka yang membawa tradisi adat resam ke sini.

dushh..kena batang idung!

I'm jobless..again. Opss mksud saya xde kje nk dibuat, saya masih di sini sebagai intern di syarikat semiconductor milik Khazanah Negara. Sume lot dah saya siapkan SERI-nya, sekarang tengah run dalam fab. Tunggu call dari manufacturing je, klu² ade issue. Bosannya melangut cmni.. Teringat pulak kat si dia. Malam td dia tanya "minat x kje tu? klu orang minat ngn kje dia, dia akan usaha cari kje. dia xkan penah duk diam". Huhu terasa pedas plak. Betul gak pernyataan tu..hurmm

Aktiviti.Selepas.Hujan

Pagi tu selepas sahur dan solat subuh..biasalah sume sambung tido balik, kecuali Mbah Kanang yang gegas gi menoreh. Mak tido kejap je, memang jenis yang tak gemar tidur, hanya tidur bila betul² ngantuk. Tak macam anak² Mak yang memang suka tido (kalau dalam bahasa jawanya "doyan turu" heee =D). Baru dapat menyapu satu pokok, hujan turun lebat. Hujan turun dalam pukul 8, hoh kitorg yg tengah tido msa tu, lagi sedap tido la.  


Sila abaikan postur seksi dalam gambar =D hee..
Lepas hujan reda, masing² pun dah puas tido, Mbah Kanang pun dah balik dari menoreh, kitorg dikerah kutip buah duku kat kebun belakang umah Mbah. Mbah Kanang panjat, kami kat bawah kutip. Sesekali kenalah dua tiga das buah duku yang jatuh dari pokok..huhu sakit gak la. Mbah Kanang kitorg walaupun dah berumur 74 tahun, tapi dia masih sihat dan kuat. "Mbah tak mintak lebih, Mbah cuma mintak Allah bg Mbah sihat je". Ye, Alhamdulillah Allah bagi Mbah sihat walaupun umurnya dah banyak.
satu lagi pose seksi..huhu 
  
  
  
 
ni Queen kitorg, Mbah Yah
 
 
  
 
Buah hati kitorg, Mbah Kanang dan Mbah Yah. 
Sorting process in Quality Assurance depot..hee. Buah hati kitorg jadi 'cip' untuk pastikan kualiti buah duku yang bakal dibungkus.
 


up