Anak.Yatim.Dirai

Hari ni kilang anjurkan jamuan raya bersama anak-anak yatim. Sempena itu jugalah saya berbaju kurung hari ni..hehehe.

Sejak minggu lepas kami dah diberitahu tentang jamuan ni melalui emel. Sesiapa yang berhajat menyumbangkan makanan atau sumbangan lain juga dipelawa. Seperti tahun lepas, sekumpulan antara kami mengumpulkan sumbangan untuk menyediakan sate di jamuan itu. Tak pastilah berapa sumbangan yang terkumpul, tapi dengar-dengar lebih 2000 cucuk sate la.

Majlis bermula di auditorium. Ada persembahan dari anak-anak yatim. Selepas pukul 5 barulah sesi makan-makan. Sebenarnya segan jugak nak join. Kekawan saya kebanyakkannya berpuasa hari ni. Rasa janggal pulak nak join tanpa kekawan. Tapi sebab craving for satay, tebalkan muka la join yang lain. Pahtu ilang plak rasa malu bila dah berborak..huhu.

Take.Care

Dah dua minggu saya kurang sehat. Jadi takde mood untuk bermain-main atau berpoya-poya. Tak banyak aktiviti yang dilakukan sejak dua minggu kebelakangan ni. Tunggulah bila saya dah sehat, nanti tak terkejar pulak updates blog ni. Jaga diri semua, mencegah lebih elok dari mengubati.

p/s saya jarang jatuh sakit, tapi bila dah sakit, lambat pulak nak sehat.

Bundle.of.Joy

Congratulation to my friend, Dil for her first bundle of joy, Alya Sarah. The 2.69kg child was born on Thursday, 16 Sept 2010 at 9.49am in Hospital Sungai Buloh. 16 Sept? Whoa truly Malaysian la!

Sarah, welcome to the beautiful world, dear

I'm.On.Medical.Leave.Today

Hari ke-5 saya demam. Thanks to Dr.Rusli bagi MC hari ni.

Menjelang petang demam datang balik bila seharian kena aircond semalam. Malam tadi mengulangi tindakan yang sama; tidur dalam pukul 9pm selepas amek paracetamol dan solat Isyak, berselimut dan berstokin.

Pagi tadi bangun dengan bulu mata melekat satu sama lain. Cannot open my eyes. Panas dalam hingga kuar taik mata..huhu. Then decided not to go to office. Tido balik selepas solat Subuh sambil menanti pukul 9am. Kalau kuar awal pun xguna gak sebab clinic buka pukul 9am.

Saya yang agak poyo. Sebelum g clinic snap 1 photo dlu.
See demam kan? Mata mcm lepas nangis..huhu

Kembali.Berpura-pura.Kerja

Hari ni kembali ke opis dengan selsema dan sakit kepala. Selepas bercuti lebih seminggu atau lebih tepat 11 hari, rasa sangat malas nak masuk opis, tambah pulak dengan tak sehat camni.

Semalam drive sorang-sorang dari Selayang ke Kulim walaupun kepala rasa berat. Pukul 3.45pm dari tol Rawang, pukul 7.45pm sampai di depan rumah semasa hujan lebat. Nak kata drive laju, tak jugak. Cuma traffic lancar, langsung tak jammed.

Malam tadi demam panas. Pukul 9.15pm camtu dah tidur lepas solat Isyak dan lepas telan 2 biji paracetamol. Huuhh..sejuk sangat walaupun kipas berkelajuan 2 saja. Pakai stokin, selimut badan pastu tidur dengan hidung yang tersumbat. Arghh seksa bila terpaksa bernafas dengan mulut. Sesekali terbatuk apabila tekak kering.

Berhenti.Berharap

Malas dah nak fikir
Tak faham!
Memang la tak faham
Dah dekat pun tak menjenguk, apatah lagi bila jauh
Tak faham!
Tak nak faham!
Harapan tinggal harapan
Lantaklah!
Makin banyak fikir, makin sakit hati
Tak faham........

Ramadhan.Akan.Pergi

Sebak pulak..uhuk
Entah tahun dapat jumpa lagi tak?
Tak banyak amal yang dibuat tahun ni
Rugi rasanya

WoW.InI.YaNg.KiTa.NaK!

“Jika mereka (Israel) bertindak menyerang Iran, ini bermakna bangsa Zionis juga akan hancur dan musnah di muka bumi ini." - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad

Click this link

Cayalah! Inilah semangat yang kita nak. Biarpun kita tak tau ketentuan sama ada menang atau tak, tapi semangat untuk berjuang tu tetap ada. YEAHH!!

Memang emo kalau bicara tentang kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin dan tetamu Palestin yang datang menghulurkan bantuan. Dulu saya tak heran pun tentang issue ni sebab ia macam dah lali. Issue ni kalau tak silap saya dah melarat lebih 600 tahun (err saya patut semak balik sejarah ni..?). Telinga dah tuli dengan kisah kekejaman rejim Laknatullah tu. Sungguh saya tak tersentuh sebelum ni. Ntahlah, mungkin sekarang Allah dah buka minda saya kot. Tapi apa yang boleh saya buat ekk?

Orak.Iso.Oceh.Arek.Jajal

Dino iki nyong orak mareng ndi
Koyo ne sore iki nyong orak eneng kelas
Endas ne wes mumet akeh turu
Arek lungo shopping orak eneng budget
Kepriwe iki? Wes bosen..


Twilight.Spaghetti.Special

Semalam, sekali lagi iftar bersama officemates di rumah saya
Ya, sekali lagi speghetti menjadi main course
Twilight Spaghetti nama yang saya bagi
Nape twilight?
Sebab spaghetti ini resepi Cik Shafaq
Shafaq yang bermaksud twilight
Pulak tu memang dimakan waktu senja
 Istimewanya resepi ini sebab kuahnya dibikin sendiri
Kami boikot Prego

Mari kita telusuri resepi ini secara ringkas
Maaf kalau terkurang di mana-mana sebab saya bukan masternya

Twilight Spaghetti Special

Bahan-bahan:-
1. Spaghetti
2. Tomato puree
3. Sos spaghetti
4. Cili giling
5. Sos tiram 
6. Capsicum
7. Bawang putih
8. Bawang besar
9. Cendawan Shiitake
10. Sosej
11. Daging kisar





Cara-caranya (Awas! Turutannya mungkin kacau-bilau):-
1. Bawang besar, bawang putih, cendawan shiitake dan capsicum dipotong dadu
2. Sosej dihiris tebal. Jangan terlalu nipis supaya tak hilang rasanya
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih
4. Tambahkan sos tiram dalam tumisan
5. Masukkan cili giling, tomato puree dan sos spaghetti, tumis hingga naik bau
6. Gaulkan cendawan dan capsicum, masak hingga agak layu
7. Campurkan daging kisar
8. Terakhir masukkan sosej hingga masak
9. Ape lagi...hidang dan makan dengan spaghetti

Hasil sheng..sheng dalam kuali


Tadaaa...ni yang dah siap dengan spaghettinya.
Siap tapau lagi...haha

p/s seperti biasa, maap dengan kualiti photo. almaklum guna henpon je..


It's.A.Cloudy.Saturday

Oit, tak sedar dah pukul 4 petang.. Ingatkan pukul 11 pagi lagi..huhu.


Hari ni mendung je. Pagi-pagi buta pukul 3 lagi dah hujan lebat. Syok sangat tido sampai nyaris terlepas waktu sahur.

Disebabkan hari ni cuti, maka bergelumang lama di atas katil. Hidup bermula selepas pukul 12 tengahari tadi. Itu pun selepas terjaga dihantui mimpi mengarut di siang hari..hahaha.

Ntahpape, mimpi jejalan kat arked di Hong Kong. Yang syoknye siap kna perli ngan kakak ipar. "Owh, adik tak bayar ke keropok tadi. Emm..takpelah, adik first time datang Hong Kong kan?" Hahaha..ape daa mimpi tu. Paling tak logik kena bayar dengan matawang Rupiah. Hallo, Hong Kong guna Rupiah ke?!

Mendung-mendung buat saya kurang cergas hari ni. Tersadai macam buaya yang kelaparan, lama-lama pening dibuatnya. Pelan-pelan awan mendung tadi nampaknya macam nak melimpahkan rahmat kejap lagi. Lepas Asar jap lagi, mau saya tido untuk kesekiankalinya macam baby

Owh...cute nyer saya...hahaha



p/s Haaa...kan dah agak, hujan lebat ni. Tido..tido...

Harapan.AidilFitri.Saya

Raya kali ni tentunya sederhana saja. Ntahlah, makin meningkat umur, makin hilang mood raya. Yang seronoknya hanya bila berkumpul sesama ahli keluarga. Tapi malas pulak nak ke sana ke mari menziarah keluarga yang kadang-kadang langsung tak kenal. Kalau setakat sepupu abah mak, merambat jugaklah kaki ni. Tapi bila dah masuk dua pupu abah atau mak, mulalah rasa malas nak ikut ziarah.

Rancangan TV plak selalu je mengutik hati untuk tercongok depan tu lama-lama. Kadang-kadang bila difikirkan, inilah agenda konco-konco yang sengaja melengahkan kita untuk menguatkan silaturahim sesama ahli keluarga. Habis tu, asyik mengadap TV je, bila nak g ziarah. Tapi tu la, bila diikutkan hati yang malas, termakan jugaklah dengan agenda dorang.

Tiada apa yang nak diharapkan sangat untuk raya kali ni. Memadailah dapat berkumpul dengan mbah, siwo, bibik, paman, dan sepupu-sepupu yang lain. Duit raya? Huh, untung sangatlah kalau boleh dapat. Umur macam ni bukan boleh dapat duit raya, bagi duit raya adalah! Walaupun kerap je saudara-mara abah mak yang fikir saya masih study, tapi tak sampailah nak bagi duit raya. Kalau bagi pun, bila dikumpulkan tak sampai pun saploh hengget...hee.

Baju raya tahun ni dua pasang je lah. Tu pun dikira baju kje gak. Yang satu tu kurung moden, bahan bajunya saya beli semasa kenduri Aleen hujung tahun lepas. Satu lagi tu kurung Pahang, fabrik cotton yang beli secara hutang dengan housemate saya. Opss yelah, patutnya kna langsaikan baki hutang dalam minggu ni. Haiyak..nyaris terlupa!

Tahun ni saya tak beli kuih raya untuk mak saya, tapi saya gantikan dengan benda yang lain. Lagipun bosanlah makan kuih raya. Dalam dua tiga tahun ni, kuih raya dah tak meriah di rumah, tapi digantikan dengan kerepek dan kekacang. Lagi layan la time tengok TV kan? Kuih raya tak lakulah sekarang ni. Baik beli makanan yang orang suka daripada memeriahkan balang kuih dengan sesuatu yang orang dah bosan. Kalaupun tetamu tak suka makan, tapi tuan rumah suka. Jadi tak membazirlah. Hehehe..

Last but not least, nak ziarah ke rumah orang tu. Kalau diizinkan Allah...=]

be.careful.what.you.wish.for

Badan sakit-sakit.

Rasa sengal urat-urat.

Gara-gara jinjing plastik berisi kerepek seberat 5kg pada setiap tangan.

Padan muka, nak sangat sakit supaya dapat MC.

Haa sekarang rasakan!


up