Letih.Berdiam.Atau.Diam.Sebab.Letih?

Pernah rasa tak ada banyak benda nak diluahkan, tapi serba salah dan tak tahu macam mana nak mulakan? Malah kalau dah luahkan pun masih rasa tak cukup. Hah, letihnya saya dengan rasa ini. Akhirnya tertidur dengan air mata kering sendiri~


Apa beza BEng (Hons) dgn BEng?

Timbul persoalan ni masa tengah tengok BEM punya application form. Sebelum ni pun En.Syg pernah tanya jugak soalan ni pada saya, tapi saya malas nak amik port (port??). Huhuhu

Tadi saya tanya pakcik google dan dapat beberapa jawapan dan cerita yang menarik.

ada kepujian tu maksudnya ijazah yang ada buat 'dissertation' atau thesis kat penghujung dia. kalo takde kepujian takyah buat thesis. jadik general degree jek. ok jek buat pjj. janji ada degree nanti


- selain tu ijazah kepujian lebih kepada sepanjang pengajian tidak gagal lebih dari 4subjek ..atau lebih tepat repeat paper lebih dari 4 subjek


- ada kepujian gaji beza +/- rm200-rm500 sekiranya berkhidmat dengan pihak kerajaan @ swasta
source: forum carigold

Sejauh mana kebenarannya, saya tak pastilah tapi nanti saya siasat..ehee

The moment you think about giving up

....Remember why you held on for so long.

Hari.Raya.Saya

"Tuan punya blog masih lagi dalam mood raya" - Nak tulis macam ni la pada mulanya, ironinya ini adalah entry raya pertama. Konon-konon macam dah tulis banyak sangat entry raya la kan, padahal malas gila nak menulis sejak musim raya ni.

Banyak aktiviti yang berlangsung sepanjang 3 minggu beraya ni, tapi takde masa nak tak tahu nak tulis apa. Rasa macam biasa je, semua orang sama je; beraya rumah ke rumah. So takde lah entry raya sebelum ni. Papepun, masih sempat lagi kot nak ucapkan
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
pada semua pengunjung blog ntahpape ni..hee.

Dalam malas-malas ni, teringin jugak nak kongsi cerita dan gambar-gambar Hari Raya AidilFitri dalam 3 minggu ni. Layanlah saje~

Hari Raya - Day 1, beraya kat rumah embah sebelah Abah di Sabak Bernam. Sesi photografi memang harus kalau di sini, tambah pulak ade tukang arrange.

Family Potrait 5 keluarga

November

Saya sedang merancang percutian bersama keluarga pada November ini. Since the initial plan for the November will not be happen, lets heal the wound with something more interesting.

Saya rancang untuk sewa sebuah apartment/banglo sebagai penginapan. Saya idamkan acara BBQ sambil menikmati hembusan angin pantai. Woowoo..bunyi macam romantik kan? Dengan keluarga pun boleh jugak berromantik la..hehe.

Walaupun sebenarnya saya lebih suka main air terjun, tapi pantai memang tempat yang sesuai untuk bercuti dengan keluarga. Boleh adakah macam-macam acara di pantai. Wahhh, syoknye bila dibayangkan.

Pedulilah kalau ada yang berpendapat percutian ini membazir. Pendapat saya, aktiviti ni sangat bagus untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Lagipun bukan selalu pun. Daripada stress melayan perasaan sorang-sorang, lebih baik happy-happy dengan keluarga. Jika diizinkan Allah, lepas Raya Haji nanti nak g Port Dickson. Saya dah amik cuti seminggu. YEAHH!!

Aku.Bukan.Siapa-Siapa


Shut up and pray
Maybe I dont have right to say anything

up