Outing.With.CikLa

Saturday, June 5th @ 1Utama - Saya dan CikLa kuar untuk tengok muvee selepas beberapa bulan tak jupe. Kitorg tengok muvee Prince of Persia. Walla! Best la citer tu, 1 scene pon tak terlepas. Sangat enjoy the muvee, rasa nak tengok lagi. Ye, saya faham kalau guyz komen citer tu best. Mungkin citer tu tak cukup thrill kot. Tapi bagi saya dah best dah citer tu.





Congratulation to Amira and Hafeez

Shu tengah isi petrol.




Signed guestbook dulu




Wah! Apa yang Shu tulis tu?



Saya pulak. Ala..kepala terpotong. Sekali lagi..




Ok, this is better. Maceh, Shu..




Shu dengan Asya; puteri sulung Dianah




This is Nur Qistina; puteri abang sulung Amira




Sweets and Jelly



Bergambar dulu sementara tunggu pengantin mai




Sekali lagi...cheese!




Yeah, Amira pandang camera ( henpon =[ ) saya la




Lama tak jupe ni.. Saya, Wiwie, Dianah & Shu

Kami matrik sama-sama; KYPM Bangi 2002




Pelamin yang cantek and simple aje

Nice!






Amira tunduk aje..huhu




Bunga segar atas meja 'Makan Beradab'




Amira's wedding fondant cake




Saya dan kek




Bapak Amira tengah merenjis kedua mempelai




First attempt to have photo with bride and groom.
Failed!




Second attempt. Wronged angle. Failed!




Akhirnya mintak tolong Dianah. Succeeded!




Now, their turn. Menjengkit juga saya nak snap



The bride and the groom headed to have lunch





Selepas snapped photo terakhir tu, saya dan Shu menghampiri Amira untuk bersalam. Kami harus pulang. Tahniah Amira!




WFF bukan WTF. Betulkan mata korang k

Letih, hari ni jalan lagi. Minggu lepas dah jalan, tapi sja joined lagi selepas Syemy beria-ia ajak kitorg. So this was the second time la jejalan pusing Hi-Tech sambil menyusahkan orang yang balik dari opis dorg. Sekali lagi, maap ye.

Walk For Fun (WFF) ni first time dianjurkan. Namun hari ni merupakan second session sebab program ni dapat sambutan dari yang bekerja shift. Demi tak menghampakan semangat dorg, HR buat second session. Kitorg yang kje normal shift (office hour) ni tumpang memeriahkan program.

Klu nak dibandingkan WFF first session dengan second session, yang first session lebih meriah. The second session is meant for shift C and D. Klu dorg je yang join, memang xmeriahlah WFF tadi. Seb baik kitorg ade. Huhuhu perasan!

Sila.Aim.Longkang

Actually saya tengah mengantuk tahap gaban suria baja hitam ni. Tak dapat fokus pada kerja time ngantuk camni. Oh, teringat pulak dlm entry lepas ada btau nak upload photo men bowling minggu lepas. Sedang otak tak dapat fokus ni, boleh kot wat mende2 lagho ni..huhu.

Kitorg men kat Ole-Ole Superbowl kat Kulim Landmark Central lepas office hour hari Khamis lepas. Kitorg berlima je. Takpelah, sesekali je..









Lepas solat maghrib, kami bergerak ke kedai char kuetiow Jln Pecah Batu untuk isi perut. Selepas kenyang, masing-masing pulang ke sarang. Gudnite~!

Cerita.Minggu.Lepas

Friday - Wesak Day
It was a public holiday. Sebenarnya tak best langsung hari tu. Dengan memikirkan gaji yang belum masuk lagi, saya tak rancang ke mana-mana. Masa banyak dihabiskan di rumah. SANGAT BOSAN! Sampailah ke waktu malam, tahap kebosanan dah naik ke kepala. Rasa mau keluar tengok wayang tengah malam walaupun sorang-sorang.

Sedang melayari internet, tersaja-saja check kat Maybank2u. Lah, rupanya gaji dah masuk siangnya. Taik betol! Kalau tau, siang tu dah kuar jejalan. Message la Shafaq yang balik kampung, saja nak meluahkan perasaan bosan. Ada la kata nak kuar tengok wayang malam-malam, tapi sekali Shafaq btau kononnya ada 25 banduan terlepas dari penjara Penang. Terus takut, dok diam-diam kat umah je la.

Tapi takpe la, semalamnya dah kuar men bowling ngan Shafaq, Ana, Adila dan Kay-E. Nanti saya upload photo men bowling.

** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * **

Saturday
Went to Kuala Ketil and Sungai Petani. Tujuan asalnya nak jumpa dua orang kawan yang dah lebih dua tahun tak jumpa. Tapi dapat jumpa sorang je, Iela. 12 Jun nanti Iela kawin, tapi saya tak dapat datang kenduri Iela sebab clash dengan kenduri abang sepupu. So, kebetulan ada kesempatan, saya ajak Iela turun di Kuala Ketil. Dari Kuala Ketil, saya jemput dia di stesen bus stand lalu ke Sungai Petani.

Janji dengan Iela pukul 1, tapi Iela ada hal cket jadi terpaksalah tunda lewat cket. Saya pulak pagi tu terpaksa g opis. Haish, time cuti la lot ade issue. Lepas amek Iela kat Kuala Ketil, kami ke CS Sungai Petani. Mula-mula memang terpusing-pusing dalam CS sebab tak tau nak ke mana. Pesan kat Iela jangan tunjuk barang-barang sebab saya tak mau shopping. Tapi bila nampak Body Shop yang tengah wat sale, sambar jugak 1 2 barang. Huh, tak berjaya mengawal nafsu.

Kami makan di KFC je, sambil borak-borak. Banyak berkisar tentang 'abang' Iela, kenduri, dan kje. Ada jugak terselit cerita tentang Rahmah. Kami berharap kami dapat jumpa Rahmah, kot-kot la boleh terserempak dalam CS tu. HAMPA!

Papepun hepi dapat jumpa Iela. Seronok dengar dia kje elok. Paling seronok sebab dia nak kawin dah. Semoga perkahwinan Iela kekal bahagia dunia dan akhirat. Kami berpisah lagi kira-kira pukul 6.15 petang. Saya berharap dapat jumpa Iela lagi lain kali.

** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * **

Sunday
Pagi Ahad, sedang nak bersiap g Ipoh, dapat call untuk check status lot. Hurm, terpaksa lagi g opis hari Ahad. G jap kat opis, check ape yang patut pastu headed to Ipoh for Comel's wedding. Pukul 10.35 masuk hiway dari tol Bandar Bharu, pukul 12.45 smpai kat kenduri Comel. Itu pun selepas tersesat cket kat Ipoh town. Bila dah rasa lost, masuk balik ke hiway, ikut plak jalan dari Tol Simpang Pulai.

Kat kenduri Comel, seperti yang dirancang, dapatlah jumpa Aleen dan Abu. Hasrat nak bergambar atas pelamin mahal Comel tak kesampaian bila time kitorang nak gerak balik, Comel masih kat luar dan tak masuk ke dewan semula. Kami ni nak bergambar dengan Comel di pelamin mahal dia, tapi dia pulak tak masuk-masuk ke dewan. Takde rezeki la namanya tu.

Pukul 3.30, saya, Aleen dan Abu gerak dari kenduri Comel. Tapi belum pun masuk kereta, Umie baru sampai. Maaflah Umie, tak dapat teman Umie dalam dewan sebab kami rushed nak singgah rumah Atif pulak. Tambah pulak nak g klinik sebab Aleen kurang sihat. Dalam perjalanan untuk ke hiway, nampak KPJ Ipoh, so kami singgah di situ untuk Aleen buat check-up. Sementara Aleen buat check-up, saya ke surau untuk jamak Zuhur-Asar dan tukar 'uniform'. Tak selesa sangat drive jauh pakai baju kurung.

Lepas ke KPJ, kami teruskan perjalanan ke umah Atif. Pukul 6 baru sampai kat Jawi. Lama gak di umah Atif, siap boleh lelap lagi. Tak puas men dengan Eryna, lebih kurang pukul 10 kami menuju ke Utara. Saya balik ke Kulim, Aleen dan Abu singgah di Penang sementara tunggu flight untuk balik ke Kuching.

** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * **

Monday
Semalam, letih sangat nak bangun pagi-pagi untuk ke opis. Dengan selamba, message Kak Lisa btau half-day je. Yeah, sambung tidur smpai kul 10 pagi. Kul 11.39pg flashed badge dan kje mcm biasa (which is kje men-men)
↑
up