Cinta.Kau.Dan.Aku - Siti.Rosmizah

Saya baru habis baca novel ni. Saya suka! Gaya penulisannya tak berat, dan tak bosan. Novel memang melekakan, silap haribulan kita masuk sekali dalam dunia si penulis. Jangan hairan kalau boleh termimpikan kisah dalam novel tu, malah ada juga kes di mana seseorang (kebanyakkannya perempuan la, sebab kaum hawa memang suka baca novel) boleh terbawa-bawa watak dalam novel demi mencipta keasyikkan hidup yang penuh drama.



Saya tak pasti sama ada novel ni dah lama atau tak, ini pun saya pinjam dari cubemate saya. Dah lama saya tak beli novel. Saya sendiri tak ingat bila kali terakhir saya beli novel. Novel terakhir yang saya punya adalah pemberian Kak Min. Sebelum tu ada jugak, En.Syg hadiahkan pada saya (so sweet kan?).

Tak rajinlah nak buat ulasan tentang novel yang baru saya habis baca ni. Actually tak pandai nak buat ulasan. Rajin-rajin korang bacalah ye..hehehe

Sejuk.Menggoda

Hujan.... Tadi plan nak rempit ngan Adila g Minat Supermarket, saja jalan-jalan. Tak jadilah sebab hujan yang sangat lebat. Syok jugak tarik selimut sejuk-sejuk ni, tapi tadi sebelum Zuhur dah tidur. Walaupun hawa sejuk ni menggoda, mata masih tetap segar. Mari blogging, blog stalking, blog hopping...fesbuking! Hehehe

Superwoman

Superwoman? Sbb jatuh tertiarap sambil tangan skidding kat lantai, semalam. Memang gaya superman la. Cumanya kalau superman nak terbang naik, tangan kanan ke depan. Saya pula jatuh dgn gaya tangan kiri ke depan. Hadoii sakit sangat, tapi kelakar jugak..hahaha.

Gara-gara nak elakkan penghantar gas nampak rambut saya, saya berlari ke bilik dari ruang tamu yang jaraknya kurang 2 meter. Tapi disebabkan panic, saya berlari tak cukup tanah lantai sambil membongkokkan diri. Sebab tu la jatuh tertiarap. Sakit sebelah kiri badan saya..uhuk.

Lepas jatuh, tergelak berdekah-dekah dengan Kak Na dan Finaz. Tak tahan dengan perumpamaan yang Kak Na sebut. "Lagri macam babi ligan anjing tu! Akhirnya jatuh berdebuk"..hahaha.

Adi Juara!

Amacam program realiti Mentor semalam? Korang tengok x? Mesti ramai yang tengok kan? Tahniah pada Mohamad sebab jadi juara. Tapi bagi saya, Adi adalah juara sebenarnya. Adibah Noor pun pilih Adi tau.. Sorry to say, pendapat saya Mohamad menang sebab peminat sokong Ziana. Mohamad ada pakej macam Black, tapi dia tak setanding Black. Tapi ape pun, dia mungkin ade kelebihan tersendiri yang mungkin segelintir penyokong (macam saya ni) tak nampak.

Adi hebat! Dia berjaya mencuri perhatian saya semalam. Persembahannya memikat, dia boleh berjaya jadi penghibur terbaik. Bukan sekadar seorang penyanyi yang punya suara yang mantap, tapi juga boleh menghiburkan peminatnya. Penyanyi yang berjaya ialah penyanyi yang mampu menjadi penghibur, bukan saja menyanyi tapi melalui tarian dan gaya.

Saya langsung tak terpesona dengan nyanyian Nani semasa dia menyanyi lagu baru. Sepatah haram tak jelas ape yang dia nyanyikan. Suara dia sebenarnya dah power, tapi lenggok lagu tu terlebih sangat. Campur plak ngan slang-slang asing..huhu.

Papepun, Adi adalah juara sebenar...hahahaha (gelak poyo)

U.Owez.B.My.Boo

Entry title tu actly xde kna mngena ngan isinya..sja bubuh lepas dengar lagu My Boo..hehehe. Lepas lunch td, berfesbuking dan dengar radio sambil berbaring-baring. Pahtu tertidur.........

Cuti-cuti ujung minggu ni pantang letak kepala. Asal letak je, mesti terlelap. Come on, Cik Rean! Energize urself. Malam td clicked Milo's ad kat blog ni. Very good info. Move~ ini yang penting. Klu xmove, mmg rasa lemau aje. Lebih-lebih lagi masa ujung minggu ni, rasa nak hibernate je dalam bilik.



up