Cuti.Seterusnya

Jumaat lepas selepas called Mak, saya called Mbah saya di kampung. Bertanya khabar, kemudian mendengar dia bertanya tentang cuti. Bunyinya macam berharap cucunya ini balik menjenguk di kampung.

"Mbah tunggu kot ko balik cuti hari tu. Takpelah, elok-elok kat sana".

Hurmm..terharu pulak bila orang tua cakap macam tu kan.Dia sedang bagi hint,

"Oiii, oiii balik la oiii"

..hehehe. Harus la mencari masa untuk balik kampung walau sekejap. InsyaAllah, plan untuk balik hujung bulan nanti. Kalau amek cuti dari 1hb hingga 5hb, aci x?

kau.dan.aku

aku tak pernah benci kau walaupun dah banyak kali kau katakan benci pada aku
aku tetap sayangkan kau seperti mana selalu
aku bersalah mengguris hati kau dengan kata-kata aku, jadi aku mohon maaf
aku rindukan kau

Kehilangannya.Mula.Dirasai

Takdir, memang dah nak jadi kan, nak buat camne. Walaupun sedih, terpaksa juga terima hakikat.

Mula-mula dapat tahu, tenang je. Mungkin percaya ia akan datang balik. Tapi bila dah berhari-hari berlalu, barulah rasa sedih. Patutnya boleh elak daripada berlaku, tapi memang aturannya camtu sebab tiba-tiba je tak ikut habit.

Sayang sangat-sangat, walaupun boleh digantikan tapi tetap tak sama 

Safely.Home

Today I am out of office. Cuti yang di'applied' bulan Januari lepas memberi saya peluang berehat selama 4 hari sehingga hari Isnin nanti. Plan asal nak bergerak ke KL petang semalam selepas office hour, tapi ditangguhkan sebab-sebab tertentu. Pagi tadi selepas breakfast dengan En.Syg, saya gerak sorang-sorang tanpa henti. Dari pukul 8.38am di Kulim, sampai KL pukul 12.15pm. Traffic lancar, siap main-main dengan Audi berplat number WSE **. Lenguh kaki kanan menekan pedal minyak, harap-harap tak kena speed trap.

Sampai kat umah layan pulut kuning dengan kari daging lalu tertidur atas sofa. Bangun solat Zuhur, sampai sekarang tak tidur lagi. Lepak-lepak dengan anak buah yang dua orang ni sambil layan drama di TV. Konon-konon petang tadi jalan-jalan kat Taman Metropolitan Kepong tu, tapi si kecik tu tertidur plak. So seharian melepak-lepak kat umah.

Esok nak g mall cari hadiah kawen. Malamnya nak g majlis kawen kawan. Tapi belum janji lagi ngan sesape nak g sama-sama. Dalam kad dijemput Cik Rean dan pasangan, tapi En.Syg tak dapat nak hadir sebab ade komitmen kje. Xpelah, lagipun kami belum terikat lagi, segan pulak nak berpasangan g kenduri. Hohoho..
↑
up