Updated 22 Aug: Typo - Ustaz Ramli Shafie, not Ustaz Shafie
Ramadhan kali ni, Ustaz dipelawa untuk berikan tazkirah pada hari Selasa lepas. Ustaz memang pandai menarik perhatian kami pada tazkirahnya dengan berseloroh. Memang susah la nak tertidur, sebab terhibur.
Antara butir tazkirah Ustaz Ramli Shafie kali ni adalah fadhilat puasa. Ustaz beritahu, kalau kita berpuasa pada 27 Rejab, Allah SWT akan pelihara setiap inci tubuh daripada api neraka. Sedikit pun Allah tak benarkan api neraka sentuh tubuh kita.
Apabila berpuasa pada 7 Rejab pula, Allah SWT pateri pintu neraka supaya tiada 1 pun yang terbuka untuk kita masuk. Dengan kata lain, Allah pelihara kita dari masuk ke neraka.
Pada Nisfu Syaaban iaitu hari ke-15 bulan Syaaban, kalau kita puasa, Allah SWT mengurniakan usia yang panjang untuk kita beramal, rezeki yang halal dan mematikan kita dalam iman. Kita akan dapat pengakhiran hidup yang baik; Khusnul Khatimah.
Pada bulan Ramadhan pulak, tak terhingga fadhilat yang kita dapat. Allah SWT kurniakan bukan saja Rahmat, malah keampunan dan Maghfirah. Subhanallah!
Puding karamel tu dari En.Syg saya. Emmmm...sayanggg En.Syg =). Walaupun dia puasa, sanggup jugak belikan sesuatu untuk saya.
I love you, Syg. Thank you so much. Sangat hargai pemberian Syg tu sampaikan takmo berkongsi dengan orang lain, tau..huhu. Sedap!
En.Syg cakap, memang la sedap kalau orang bagi, free pulak tu. Tambah lagi bila orang tu tak puasa. Kuikuikui...
Pagi ni terbaca di akhbar terdapat mangsa pertama tragedi mercun pertama dalam negara sempena musim puasa ni. Ceitt!! Mangsa la konon! Tak sesueii langsung perkataan mangsa tu. Macamlah mercun tu yang salah kat dia. Ish..ish..ish emo pulak di awal pagi Jumaat yang indah ni.
Bangsa kita ni kononnya terlalu kreatif sampaikan menjadi bengong. Seumur hidup saya, tak pernah dengar ada bangsa lain yang putus jari atau mati sebabkan mercun yang tidak bersalah. Ermm..mungkin la saya ni tak rajin baca akhbar kot. Tapi jelas-jelas terbukti, selalunya mestilah bangsa kita je yang konon-konon jadi mangsa mercun.
Nak main tu beringat-ingatlah, dik.. Janganlah sampai menyusahkan orang lain, lebih parah menyusahkan diri seniri. Ha kau, padan muka!
Subscribe to:
Posts (Atom)