Hari.Raya.Saya

"Tuan punya blog masih lagi dalam mood raya" - Nak tulis macam ni la pada mulanya, ironinya ini adalah entry raya pertama. Konon-konon macam dah tulis banyak sangat entry raya la kan, padahal malas gila nak menulis sejak musim raya ni.

Banyak aktiviti yang berlangsung sepanjang 3 minggu beraya ni, tapi takde masa nak tak tahu nak tulis apa. Rasa macam biasa je, semua orang sama je; beraya rumah ke rumah. So takde lah entry raya sebelum ni. Papepun, masih sempat lagi kot nak ucapkan
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
pada semua pengunjung blog ntahpape ni..hee.

Dalam malas-malas ni, teringin jugak nak kongsi cerita dan gambar-gambar Hari Raya AidilFitri dalam 3 minggu ni. Layanlah saje~

Hari Raya - Day 1, beraya kat rumah embah sebelah Abah di Sabak Bernam. Sesi photografi memang harus kalau di sini, tambah pulak ade tukang arrange.

Family Potrait 5 keluarga

November

Saya sedang merancang percutian bersama keluarga pada November ini. Since the initial plan for the November will not be happen, lets heal the wound with something more interesting.

Saya rancang untuk sewa sebuah apartment/banglo sebagai penginapan. Saya idamkan acara BBQ sambil menikmati hembusan angin pantai. Woowoo..bunyi macam romantik kan? Dengan keluarga pun boleh jugak berromantik la..hehe.

Walaupun sebenarnya saya lebih suka main air terjun, tapi pantai memang tempat yang sesuai untuk bercuti dengan keluarga. Boleh adakah macam-macam acara di pantai. Wahhh, syoknye bila dibayangkan.

Pedulilah kalau ada yang berpendapat percutian ini membazir. Pendapat saya, aktiviti ni sangat bagus untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Lagipun bukan selalu pun. Daripada stress melayan perasaan sorang-sorang, lebih baik happy-happy dengan keluarga. Jika diizinkan Allah, lepas Raya Haji nanti nak g Port Dickson. Saya dah amik cuti seminggu. YEAHH!!

Aku.Bukan.Siapa-Siapa


Shut up and pray
Maybe I dont have right to say anything

FOR.THE.1ST.TIME


It's great, isn't it? 

Juadah.Pilihan

As-Salam

Tahun ni Ramadhan saya sangat simple
Saya jarang makan juadah sahur dan iftar yang berat
Cukup dengan biskut cicah air panas untuk bersahur, dan kuih-muih untuk iftar
Tapi waktu balik rumah minggu lepas, mewah la sikit
Almaklumlah, rasa rugi kalau tak makan masakan mak

Setiap hari, saya berbelanja kurang daripada RM8
Kalau tak ke Param cuma ke cafe, lagilah banyak berjimat
Pernah saya beli kuih untuk iftar, saya cuma bayar RM1.20 saja
Kalau saya budget sehari RM10, mestilah saya boleh menabung purata RM5 sehari
Kalau 30 hari, boleh simpan RM150 kan
Ni dah lepaslah duit raya untuk adik-adik dan anak-anak buah..huhu

Tahun lepas, saya suka sangat makan kebab daging untuk iftar
Hari-hari nak cari Abang yang jual kebab kat Param Sg.Ular tu
Tahun ni saya tak teringin apa-apa pun
Apa yang ada, makan je lah..hehe
Tapi sangat enjoy makan puding karamel yang En.Syg belikan hari tu
Ermm..tu kot juadah pilihan saya tahun ni
Agak-agak apa ek juadah kegemaran korang bulan Ramadhan ni?


up