KRA.Bibik.Dah.Released.Uols

السلام عليكم



Hewhewhew (tiru nada cemas Hamis Jalikha)..akhirnya setelah berbulan-bulan tak tidur lena kerana risaukan result KRA, maka hari ni boss Korea gue telah release gue punya KRA. Dan resultnya, uols tengok la seniri. Hahaha berlagaknyerr! Walaupun tidak high performance, tapi boleh lah kot nak stay lama lagi kat company ni =P.

Semoga rezeki Bibik semakin luas, Aminnn...


IntroBaru

السلام عليكم

Inilah first entry yang ada ucapan Salam. Ermm..mesti tak perasan kan? 

Mulai entry kali ni, saya nak dahulukan dengan Salam sebelum saya merepek dengan hal-hal dunia

Mungkin dengan ucapan Salam ni menghalang saya daripada terlalu beremosi dalam menulis (baca 'menaip')

Saya ni sebenarnya emo orangnya, kalau dah marah tu..habis keluar caci maki bagai

Harap-harap lepas ni lebih beristiqomah dan berhemah semasa menulis 




CubaanPecahMasuk

Hari Sabtu lepas dengan tergesa-gesa saya keluar rumah menuju ke Utara. Selepas berpatah balik ambil telefon tertinggal, saya pastikan rumah berkunci dengan elok. Pintu grill berkunci-cangkuk dengan sempurna dan bermangga. Undurkan kereta keluar dari garage, kemudian manggakan gate pula. Walaupun tergesa-gesa, saya pastikan rumah ditinggal dengan keadaan selamat dan sempurna. Malah, plug Streamyx pun saya siap cabut dari soket sebelum keluar dari rumah.

Tapi balik semalam, saya perasan pintu grill renggang hingga nampak kunci-cangkuk. Saya mula curiga. Tak mungkin saya yang tarik pintu grill tu. Hati mula resah. Tapi takpelah, takde pape kot. Barang-barang belian dari Padang Besar dan beg baju saya punggah masuk dalam rumah. Kuncikan pagar, kereta, pintu grill dan daun pintu semua, lepas simpan barang-barang semua dalam bilik.

Sebelum mandi rasa nak minum dulu, so masuk dapur untuk masak air. Tetiba mata tertancap pada tirai yang terselak; betul-betul terselak pada selak pintu. Aiseyman..memang dah sah ada tanda-tanda orang nak buat kje ni. Mujurlah ada mangga kat situ. Dah la sorang-sorang, housemates sume tak balik. Tapi tawakal je la, mulut tak henti baca Ayat Kursi mintak Allah lindungi. Alhamdulillah, pagi ni bangun tanpa ada pape berlaku.

Kurang 9 bulan

Ok, saya dah mula rasa tekanannya. Risau...risau...risau

Food.Lover

Tandoori Naan Set
Kalau turun Penang, jangan lupa singgah Restoran Kapitan di Bandar Perda. Favourite saya kat Kapitan ni adalah Tandoori Naan Set. Naannya pulak ada pelbagai jenis; plain naan, cheese naan, butter naan, garlic naan etc.

Lepas tu boleh singgah kat area belakang Restoran Kapitan tu, ada restoran makanan Arab; Restoran Qasar Hadramawt nama dia. Tengok photos ni, terliur tak?



Kalau perut tu tak penuh lagi, singgah pulak kat Puncak Mutiara Cafe (PMC). Tempat ni favourite kami untuk Beriani Paha Kambing. 

Alamak, takde photo pulak. Tapi confirmed sedap~


up