Senyum.Semalam

السلام عليكم


Berdebar-debar rasanya bila terfikirkan hari itu dah tak lama lagi..hehehe. Dalam masa yang sama rasa bahagia juga, tak sabar menunggu ia tiba. Rasa sayang dan kasih pada En.Syg bertambah-tambah..ekeke.

Semalam entah kenapa rindu sangat pada dia. Rindu nak dengar suara dia..hadoi! Kenapalah Syg tak called dua hari ni? Syg call lah saya, sekejap pun jadilah.. Rindu ni. Bermonolog sendiri sambil tercebik-cebik..huhu.

Dah dekat pukul 12, baring-baring nak tidur sambil berharap En.Syg call.
.
.
.
.
.
.
Tiba-tiba ringtone lagu DJ Got Us Fallin In Love kedengaran. Tengok number kat skrin.. Uwaa rasa nak nangis, tapi senyum-senyum. Ya Allah.. Speechless~

Assalamualaikum Sayang..


Ehehe..bahagianya perasaan itu. Terima kasih Ya Allah kerana berikan perasaan ini. Semoga ia berkekalan hingga ke Surga. InsyaAllah~

Sejarah.Tercipta

السلام عليكم


Salam Jumaat pada semua. Hari ni pertama kali dalam hidup saya menjejak kaki ke Subway. Hahahaha...macam gempak je eh? Tapi sejarah ni takde lah gah sangat pun, sekadar mencuba. Sekurang-kurangnya takde lah rasa out of place sangat bila kawan-kawan bercerita. Selama ni Shafaq (wow dah seminggu jadi Puan!) bercerita, dengan rendah diri cakap tak pernah sekali pun makan Subway. Katanya, pilih-pilih je apa yang kita nak atau beritahu je apa yang kita tak nak. Hari ni barulah faham bilamana Syemy ajak ke sana sempena promosi Sub Of The Day. Terima kasih pada Syemy yang melayan soalan-soalan curious saya..hehe.


Cepat.Bosan

السلام عليكم


Wah, Syawal berbaki kurang seminggu. Raya dah nak habis dah? Alamak, nampaknya tak sempatlah saya kumpul pahala puasa 6 tahun ni. Hurmm..tahun ni InsyaAllah jadi tahun terakhir sebagai solo pulak tu. Tahun depan entahkan dapat ke tidak..

Dua tiga hari ni kepala dok sibuk fikir hadiah hantaran untuk wedding nanti. Fikir punya fikir, cukuplah 7 berbalas 7..hehehe. Hah ape? Patutnya 7 berbalas 9 eh? Alaa..apa salahnya sama, barulah adil..ngee. Perancangannya, untuk wedding ni simple je hadiah hantaran. Takde set penjagaan diri, sebab dah bagi masa tunang hari tu. Yang dok ade tu pun tak pakai lagi.

Hah, ni yang citer ni pasal perfume. Saya ni memang jenis cepat bosan, tapi jimat aka kedekut orangnya..hohoho. Tahun lepas masa bercuti dengan famili, kami singgah kat Padang Besar. Kat situ saya beli 1 set Moschino Glamour 4 in 1 kat The Zon. Sampai hari ni tak habis-habis lagi. Saya kan jenis jimat...ngee. So pakai pun sikit-sikit je. Tapi la ni, cheq dah bosan dengan baunya. Tak tau la kalau dah 'immune' dengan bau badan sampai dah tak rasa ia best. Sekarang ni rasa macam bau 'sengit' je. Hurmm tak tau macam mana nak explain baunya. Mungkin ke sebab dah lama, so bau wangi tu dah takde?


Haish, memang tobat lepas ni takmo dah beli 1 set. Lepas ni saya patut beli miniature je kot. Ha, beli kat BodyShop la. Takde la mahal sangat kan..ngee


Raya vs. Demam

السلام عليكم


Royo..royo kok meriang? Huhuhu...

Demam hari ke-4. Tahun ni xda raya sakan noo walaupun cuti 2 minggu


#1

السلام عليكم


Minggu lepas saya balik KL berbuka dengan famili. Bukan saja KL, tapi balik kampung Mbah di Sagil pada hari Sabtu dan balik kampung Mbah di Sabak Bernam pada hari Ahad. Isninnya ponteng; EL lor..

Tiga hari bersama Mak, saya dapat rasakan Mak dalam kesusahan sekarang. Saya kesian, tapi saya tak dapat tolong banyak. Kalau ikutkan hati, mau saja saya apply cuti 2 bulan tanpa gaji untuk tolong Mak. Saya yakin Mak ada potensi untuk berjaya dalam perniagaan makanan kalau ada yang tolong. Saya nak tolong Mak saya. Mak hanya perlukan seorang yang boleh drive dia ke mana-mana; ke pasar mahupun tempat berniaga. Sedang Mak takde driving license, susah bagi dia untuk bergerak ke sana-sini.

Ya Allah, aku mohon panduan daripada-Mu. Tunjukkanlah kepadaku jalan yang terbaik untuk keluargaku. Aminn~

up