Post Wedding Syndrome

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Perasaan tak rajin kerja adalah salah satu symptom bagi syndrome lepas berkahwin..huhu. Oh, sangatlah malas nak buat kerja-kerja office dan rasa nak balik rumah cepat-cepat walaupun En.Suami tak ade. Malah bila sampai rumah pun tak buat ape-ape tugasan pun. Bermalas-malasan atas tilam atau hidang mata dengan drama Korea aje pun. Hurmm..memang macam ni ke kalau baru balik daripada cuti kahwin?

Sah!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Alhamdulillah, hari ni genap 10 hari pernikahan antara saya dan En.Syg
Sekarang ni kena tukar panggilan jadi En.Suami pulak la ye..hehe


Alhamdulillah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Alhamdulillah, Dia masih beri kesempatan padaku untuk hidup. 

Alhamdulillah, Dia berikan kehidupan yang selesa walaupun diselangi dengan pelbagai ujian.

Alhamdulillah, Dia berikan hati yang kuat dalam menghadapi ujian perit.

Alhamdulillah kerana Dia masih sayang kepadaku.

Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah.

Semoga Dia mengampuni dosa-dosaku yang lalu.

Nauzubillah, Nauzubillah, Nauzubillah.

Aku berlindung kepada Dia dan kekuatanNya daripada fitnah dunia.

Syukur

السلام عليكم

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ya Allah, sesungguhnya engkaulah yang berhak sepenuhnya terhadap hambaMu
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau memberikan ketenangan kepadaku dalam menghadapi ujian ini
Dengan rahmat dan kasih sayangMu, aku bersyukur telah kulalui ujian yang kau berikan ini dengan fikiran yang waras yang telah Kau ilhamkan padaku
Ya Allah, ku mohon padaMu agar Engkau berterusan memberikanku fikiran yang waras dan hati yang tenang dalam menempuhi setiap ujian mendatang
Janganlah Engkau menarik ketenangan ini daripada hatiku, Ya Allah

Pergi!

السلام عليكم


Bukan mengeluh, sebaliknya sedar ini adalah ujian pertama untuk aku. Simpan rahsia ini hingga suatu hari nanti ia terbukti di depan mata.

Sentap! Cuba untuk tidak mudah melatah, tapi tetap rasa aliran darah menderas di dalam tubuh. Aku akan lawan, dan tak akan mudah mengalah.



up