Tiada teman bergaduh

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Blog yang diabaikan bila suami ada di sisi. Ya, memanfaatkan quality time dengan beliau. Pastinya blog ini sangat memahami. After all, blog ini adalah interpretasi hati tuannya bukan?

Buah hati dah pulang bekerja, tiada lagi teman bergaduh untuk beberapa ketika ini. Melihatkan kepergiannya merenggut rasa bahagia, namun terpaksa merelakan demi rezeki kami berdua. Bersabarlah wahai hati, doakan yang baik-baik saja untuk keluarga kecil ini. Ameen..

Pencurang berzina wajar dibunuh?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Rentetan artikel berita di akhbar online hari ni, seperti berikut:-

Hubungan sulit: Lelaki ditikam rakan senegara

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai berang selepas mengetahui hubungan sulit isterinya dengan rakan senegara bertindak menikam lelaki berkenaan di lorong Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu disedari lima rakan senegara yang kebetulan melalui lorong berkenaan.
"Sebelum kejadian, berlaku pergaduhan antara suspek berusia 33 tahun itu dengan si mati namun berjaya dileraikan oleh kelima-lima saksi berkenaan.
"Mangsa berusia 35 tahun yang parah akibat ditikam beberapa kali di belakang badan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mangsa bagaimanapun gagal diselamatkan berikutan kecederaan parah yang dialami dan meninggal dunia di hospital.
"Tiga tikaman dikesan di belakang badan si mati. Suspek pula menghilangkan diri sejak kejadian itu," jelasnya lagi.
Tambah Zainuddin, polis menemukan sebilah pisau pemotong sayur dipercayai digunakan suspek untuk menikam mangsa.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130217/je_01/Hubungan-sulit-Lelaki-ditikam-rakan-senegara#ixzz2LDnloLPf
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Apa pendapat anda? Sedang dalam hukuman bagi penzina ialah rejam hingga mati. Namun, siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman.


Titipkan Rindu dalam Hati Kami

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Alhamdulillah berjaya lalui hidup sehari-hari tanpa En.Suami yang berjauhan mencari nafkah untuk isterinya ini. Esok genap dua minggu tak berjumpa dengan buah hati kesayangan. Kalau ikutkan jadual kerjanya, minggu ni dapatlah berjumpa lagi. Tapi selagi belum terbang dalam chopper, tak boleh confirm En.Suami balik atau tak. Walau apa pun, doa isterinya ini selalu terbit di bibir setiap kali solat, semoga Allah SWT memberikan kesejahteraan dan keselamatan pada sang suami. Ameen..

Being A Wife

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Oh, rasa rindu nak ber-blogging. Hari ni replacement day untuk birthday Sultan Kedah semalam, ambil peluang ni lepaskan gian. Boleh kan? It is because I am so excited to share my life being a wife to my beloved husband..hehe.

Selama dua minggu bersama Encik Suami, sikit-sikit dah tahu kegemaran dan pe'elnya. Encik Suami bukan jenis cerewet pasal makanan, apa yang ada depan mata tulah dia makan. Or maybe he learned that his wife is not a chef..ekeke. Agaknya sebab tu lah jugak dia kadang-kadang masuk dapur jenguk isteri dia masak. Tapi kita pulak yang gelabah kalau dia ada. Rasa macam 'lambatnya isteri aku ni masakkkk...' Rasa tertekan di situ, okeh..hahaha.

Minggu pertama Encik Suami balik, kami makan yang simple-simple aje. Ayam goreng, telur dadar, ikan goreng...semua yang goreng-gorenglah. Kadang-kadang ada lah masak bening bayam. Hazab sungguh bila peralatan dapur tak lengkap. Seminggu tu goreng-goreng guna frying pan yang sebuah tu. Goreng telur dadar syoklah, bila goreng ayam...sakit hati je rasanya! Lambat sebab tak boleh buat deep fry. Hujung minggu tu kami pergi Padang Besar memborong peralatan rumah. Terima kasih pada kawan-kawan yang berikan sumbangan sempena perkahwinan kami hari tu. Alhamdulillah, banyak jugak yang kami dapat beli dengan sumbangan tu. Thanks a lot!

Lepas dah cukup peralatan di dapur, barulah boleh masak walaupun kurang masin, terlebih pedas, atau terhangit..hahaha. Dua minggu ni selain ayam goreng, telur dadar dan ikan goreng, saya berjaya buat ayam masak paprik, ikan sambal berlada, tumis sardin, lempeng, cucur jagung dan sayur goreng. Encik Suami gemarkan sayur goreng berbanding sayur berkuah. Encik Suami yang bagitahu ni masa kitorg beli sayur dan lauk kat pasar malam. Ok noted, kenalah belajar pelbagai resepi sayur goreng demi Encik Suami tercinta..eceh!

Alhamdulillah, saya rasa syukur sebab Allah kurniakan suami yang penyayang dan penuh pengertian. Selama saya di office, Encik Suami di rumah berkemas malah uruskan pakaian kami. Tak pernah dalam dua minggu ni, saya basuh pakaian. Balik kerja, tengok Encik Suami dah jemur dah. Hilang penat bila tengok. Terima kasih, Syg... So in return, saya kenalah isi perut Encik Suami dengan makanan yang saya masak sendiri..ngeee.

Pagi tadi lepas solat Subuh, saya sambung tidur sampai pukul 8 lebih..huhu. Walaupun tahu tak elok tidur lepas Subuh, tapi mengantuk punya pasal balun je. Oh, Encik Suami takde..lupa nak bagitahu...hehe. Untunglah kalau boleh sambung tidur bila Encik Suami ada. Perlulah sediakan sarapan untuknya kan. Kalau malas sangat, paling tidak kena bancuhkan air untuk Encik Suami sarapan.

Pagi tadi plan nak try buat mee goreng. Eksperimen dulu kot-kot berjaya buat. Dalam hati, kalau berjaya, bolehlah masak untuk Encik Suami bila dia balik nanti. Masak agak-agak je sambil ingat-ingat balik macam mana mak masak. Akhirnya berjaya jugaklah. Walaupun taklah sesedap mak masak, but not so bad lah. Ok, passed!


Sarapan hari ni; mee goreng dan air teh


mana gambar nye?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Tengahari tadi berjaya complete 58 episodes drama Korea. Inilah antara sebab rumah masih dalam keadaan kacau-bilau. Bukan aje kat ruang tamu atau dapur, bilik tidur pun lintang-pukang dengan baju yang belum disusun dalam almari. Malah sambil menaip ni pun baring di sisi lipatan baju bertingkat-tingkat. Ngee..tunggu En.Suami baliklah, gotong-royong kemas rumah. Itukan lebih mesra..kehkehkeh!

Petang tadi pulak berjaya sambar voucher Groupon untuk 20 pages photobook daripada PIXAJ♥Y. Belum start create project lagi pun. Lambat lagi due date nye.. Tapi tengok-tengok jugak koleksi gambar yang sesuai dibuat album. Gambar-gambar nikah dan resepsi belum dapat lagi. Kalau ada pun tak sampai 10 keping. Ngeh..ngeh itulah pun yang jadi pengubat rindu pada En.Suami. Ermmm...gatai~

Bila tengok gambar yang tak berkoyan-koyan tu, macam perasan la jugak 'encem gak Syg ni..ekeke'. Hoi, isteri mana tak sayang suami? Suami dialah yang paling handsome kat dunia ni walaupun hakikatnya... Tak caya, p nikah dulu tengokkkk.. Buekk =p

Teringat masa nikah hari tu. Pagi-pagi dah bawa diri merajuk sebab tak ade orang peduli pasal pengantin ni. Inai pun tak pakai lagi masa tu. Semua orang busy dengan menolong masak dan bungkus goody bags. Rasanya macam tak teratur semuanya. Oh, pengantin sangat stress masa tu! End up bawa diri dan menangis kat dalam rumah kosong depan rumah parents..huhu..

Dah dekat-dekat Asar, make up tak siap lagi. Baju nikah tak sarung lagi, tudung belum berlilit... Sampai je dekat surau tengok dah ramai. Si pengantin lelaki dah standby depan tok kadi. Ketar lutut tengok ramai orang, jari pun turut sejuk jugak. Pegang tangan pengapit, 'takut...nak balikkk'. Hahaha seriously memang terkeluar ayat tu. Giler, ketar mengalahkan pengantin lelaki! Sepanjang majlis berlangsung fikiran merawang entah ke mana. Muka pun ketat aje, sumpah mesti tak cantik gambar yang bakal diserahkan daripada photographer. Fikiran kembali ke dunia nyata bila En.Suami datang untuk serahkan mas kahwin dan acara batal air sembahyang. Tapi masih lagi bingung dan mamai, hanya betul-betul siuman bila shoot outdoor lepas nikah tu..ngeee =D



up