Kain Putih

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Apabila kita tengok bayi, semuanya comel kan? Tak kiralah siapa ayah dan ibunya, apa bangsa keturunannya, atau bagaimana kelahirannya, mereka adalah suci. Jadi, sangatlah tepat dengan perumpamaan bahawa bayi ibarat kain putih. Selepas 10 bulan perkahwinan, rezeki tu masih belum tiba. InsyaAllah, suatu hari nanti jika dikurniakan rezeki kami berdua akan merasai perasaan yang sukar digambarkan sebagai seorang ibu dan ayah. Cabaran untuk mencorakkan kain putih di zaman moden ni sangat menguji, mungkin juga sebenarnya kami belum bersedia. Allah Maha Mengetahui dan Perancang Yang Hebat, Dia pasti tahu bila masa yang sesuai.

Semalam saya menziarah anak sahabat yang baru berusia dua bulan. Qirshatul Afnan Hanana namanya. Ibunya (Shafaq) kata, bukan selalu dapat anak, jadi apa salahnya bubuh nama yang special walaupun panjang. Berjanji dengan sahabat yang lain untuk bertemu di rumah Shafaq, Ana datang bersama suami dan buah hatinya, Muhammad Adam. Untunglah kami, ada dua bayi di dalam satu perjumpaan.



Kahwinlah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Ha..ha..jangan nak mengata. Tau la kiter dah jarang blogging sekarang. Konon-konon sibuk la, cet! Ni belum tara ada rezeki dapat anak, kalau dah ada anak nanti entahlah. Silap-silap terus delete account dan bersara..huhuhu~

Sibuk sebagai isteri, tapi amat membahagiakan walaupun agak penat. Takpe, kalau ikhlas semua yang dilakukan dapat berkat dan pahala besar. InsyaAllah~ Jadi jangan rasa terbeban. Kalau terbeban dengan pahala yang banyak kira okay. Owh, beratnya pahala ini. Terbeban saya. Ngee..apa yang aku merepek ni? Faham dak? Tak faham sudah!

Kahwin ni seronok, rasa rugi masa lepas sebab tak kahwin awal. Tapi nak buat macam mana, jodoh belum sampai masa lagi waktu tu. Lain rasanya lepas kahwin ni, dan Alhamdulillah lebih bahagia. Jadi kepada yang dah ada calon tapi masih belum berkahwin tu, berusahalah supaya dapat langsungkan pernikahan dengan segera. Benda yang baik, eloklah dipercepatkan. Berdoalah, InsyaAllah Dia tolong. Dia kan dah berjanji~


Safe driving tips during Eidul Fitri holidays period

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Before driving
  • Check the functionality of brakes, signal lights and wipers.
  • Check tire pressure.
  • Ensure spare tire is in good condition.


Stay Safe
  • Use your seat belt at all times – both driver and passenger(s).
  • Be well-rested before driving.
  • Avoid taking any medications that can make you drowsy


Stay Focused
  • Driving requires your full attention. Avoid distractions, such as adjusting the radio or other controls, eating or drinking, and talking on the hand phone.
  • Continually search the road to be alert to situations requiring quick action.
  • Stop about every two hours for a break. Get out of the vehicle to stretch, take a walk, and get refreshed.


Avoid Aggressive Driving
  • Keep your cool in traffic!
  • Be patient and courteous to other drivers.
  • Do not take other drivers’ actions personally.
  • Reduce your stress by planning your route ahead of time (bring the maps and directions), allowing plenty of travel time, and avoiding crowded roadways and busy driving times.


#2 Diary Ramadhan - 1st week

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Dah lebih seminggu dah umat Islam berpuasa pada tahun 1434H ini. Tapi saya cuma dapat berpuasa beberapa hari saja sebelum diagnosed sebagai uzur..hehe. Encik Suami pun dah pulang ke tempat kerjanya. Alhamdulillah sempat berpuasa bersama untuk 3 hari. Jadilah~

Lepas Encik Suami berangkat pergi, rutin makanan saya pun berubah. Sahur dan iftar dengan juadah yang simple je. Cukuplah, tak perlu berlebih-lebihan sebab saya seorang saja.

Ramadhan kali ini saya dapat gastritis yang agak teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya. Semasa Encik Suami ada tak dapat pula gastritis, elok dia takde je terus sakit perut. Sewaktu sedang uzur pun dapat gastritis juga. Memanglah tak boleh puasa, tapi tak boleh juga suka-suka makan sewaktu di office. Terpaksalah tahan lapar sampai dapat gastritis. Sehingga hari ini dah dua hari saya MC disebabkan gastritis.

Encik Suami setiap hari call untuk tanya khabar. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya terubat sikit rasa sakit. Semoga Ramadhan yang berbaki lebih 2 minggu ni baik-baik saja. Aameen~


P/s Entry yang dok terperap dalam Draft item lebih seminggu ni akhirnya dapat diterbitkan hari ni. Fuh!

#1 Diary Ramadhan - 1st Day

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Kali pertama berpuasa sebagai seorang isteri memang mengujakan. Perasaan bercampur-baur memikirkan kena bangun awal dan masak untuk kami berdua. Sempat ke? Saya yang kurang cekap di dapur ni pastilah terpaksa ambil banyak masa untuk menyediakan lauk. Walaupun di dalam hati berkobar-kobar perasaan untuk sediakan yang terbaik untuk suami, namun juadah sahur pagi tadi amatlah sempoi. Nasi putih dah saya masak sebelum tidur malam tadi. Suami memberikan cadangan supaya masak tumis sardine, tapi itu pun saya tak boleh sediakan. Pagi tadi hanyalah drummet ayam berperisa pedas, hirisan tomato dan sambal belacan buat mengisi perut suami. Entahlah, suami tak complaint pun. Tapi di sudut hati ni rasa terkilan juga sebab belum mampu untuk sediakan juadah yang menyelerakan untuknya.

Pukul 1.30pm dah rasa lapar sangat. Ada 6 jam lagi sebelum berbuka. Nak masak apa pula malam ni? Ceh, macam pandai sangat~ Tapi lauk dalam fridge dah habis, cuma ada drummet ayam tu saja. Sayur pun tak ada. Petang ni sepatutnya ada pasar malam di pekan Kulim. Try ajak suami kot dia nak g..


up