2 wonderful years together

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

♥♥♥ Happy 2nd Anniversary, Love!! ♥♥♥




Saya boleh membantu anda

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Ramai tak tahu yang saya boleh bantu mereka. Apabila mereka tidak tahu yang saya boleh membantu, masalah mereka akan berlanjutan sehingga akhirnya tidak dapat diselesaikan.

Mereka tak tahu yang saya boleh bantu mereka untuk menjadikan diri mereka lebih berkeyakinan.

Mereka tak tahu yang saya boleh bantu mereka untuk hidup lebih baik.

Hidup yang mewah tak ada makna jika kita tidak sihat. Jadi, benarkan saya membantu anda untuk hidup lebih sihat dan berkeyakinan.

Saya ada cara untuk membantu anda. Dengan izin daripada-Nya, masalah anda pasti boleh diselesaikan.

Just my two cents!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Jangan takut nak start business, buat je!

Risau tu adalah doa, jadi jangan risau!

Mulakan je, dan doa sungguh-sungguh pada Allah untuk jagakan.

Kalau fikir takut orang pedajal, Allah kan ada! Pedulikan je, bukan niat kita buruk nak caras orang lain ke.. Kita niat nak tambah rezeki.

Orang lain tak pernah curi rezeki kita, dan kita pun tak curi rezeki orang lain. Allah dah tetapkan rezeki masing-masing

Adakah anda peminat soya?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Anda peminat soya? Saya, ermm ya! Dulu masa saya masih bersekolah rendah di pinggir bandar Kuala Lumpur, hampir setiap hari saya beli air soya homemade semasa dalam perjalanan ke sekolah. Kalau tak pekena air soya sejuk tengahari tu, tak sempurna rasanya. Suka sangatlah, sampailah ada satu hari tu saya demam panas dan doktor menasihatkan supaya banyakkan pengambilan protein daripada ikan, kurangkan pengambilan protein daripada soya. Protein daripada ikan adalah lebih baik daripada protein daripada soya katanya. "Ok, doctor. I understood".. Eceh, takde lah saya cakap camtu pun. Sekadar angguk je. Bukan main nak speaking London nyer.. Sejak tu, saya dah kurangkan beli air soya yang sangat tempting tu. Sekadar lalu dan jeling-jeling je sebelah gerai air soya yang sejuk meleleh tu. Oh, NO! Tapi kekadang beli jugak lah. Doktor kata kurangkan je kan, bukan suruh tolak terus..hehehe

Semasa berbuka puasa, favorite air tentulah air soya. Setiap kali pergi bazar Ramadhan [atau nama sekarang PARAM; pasar Ramadhan ;-)], plastik air soya adalah salah satu plastik yang tersangkut kat jari. Alangkah nikmatnya minum air soya! Air mahal Ribena pun tak boleh lawan, you...

source: Google


TAPI....bila dah meningkat usia dan bergaul dengan ramai orang, saya dapat tahu soya tak bagus sebenarnya. Ini kerana kebanyakan dalam pasaran adalah jenis genetically modified organism (GMO) iaitu soya yang telah diubah genetiknya, bukan asli. Dan soya adalah tidak bagus untuk diambil secara berlebihan dan mentah. Sebaik-baiknya, pengambilan soya perlu dalam kuantiti sederhana dan telah diperap (fermented). Contohnya soya yang telah diperap ialah seperti tempe, miso dan natto.

Susah eh nak move on?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

 Wahai awak, kesian awak... 
Kesian sebab awak masih menyimpan dendam
Saya faham awak pernah terluka 
Tetapi perlukah awak ingat luka yang lama tu?
Jangan sampai dendam yang disimpan itu membusukkan hati awak
Sudah-sudahlah meletakkan kesalahan pada orang lain atas setiap kecelakaan
Memaafkan dan melupakan lebih indah daripada berdendam
Ia mampu membuat awak tersenyum dan bahagia setiap hari
Berbahagialah tanpa dendam

up