Rebut Harta, Rebut Anak

Sape yang rebut harta ni? Sape plak yang rebut anak? Atau ade yang rebut dua-dua ke? Hehehe..entry kali ni bukan kisah peribadi sesiapa, mungkin ia lebih umum. Actually tu tajuk dialog yang saya hadir semalam. Program yang bermula seawal pukul 9 pagi di USM, Penang.

Dialog berkisar tentang nafkah yang terletak dibahu seorang lelaki yang bernama ayah dan suami, penjaga yang berlayak mendapat hak penjagaan anak, dan juga tuntutan harta sepencarian. Banyak juga info yang saya dapat, walaupun banyak juga kemusykilan yang saya kurang faham.

Antara ilmu yang saya dapat, bilakah tuntutan harta sepencarian/nafkah boleh dibuat. Ada 3 situasi untuk seseorang terutamanya isteri membuat tuntutan.
  1. Apabila berlaku penceraian
  2. Apabila suami meninggal dunia (bercerai mati)
  3. Apabila berlaku poligami

Situasi no.1 tu memang jelas. Apabila berlaku penceraian, masing-masing (suami-isteri) boleh mengemukakan tuntutan harta sepencarian di mahkamah. Tapi sekirannya masing-masing berpakat, tak perlulah buka kes. Sama juga halnya dengan tuntutan nafkah oleh bekas isteri terhadap bekas suami, terutamanya apabila bekas isteri memegang hak penjagaan anak. Bekas suami WAJIB bagi nafkah anak-anak sehingga anak itu boleh berdikari, manakala anak perempuan sehingga anak itu berkahwin atau mampu berdikari. (Hukum ni buat saya terfikir, bolehlah mintak abah bayarkan separuh duit kereta saya selagi saya belum kawin ni..hahaha).

Situasi no.2 tu adalah tuntutan si balu terhadap harta sepencariannya bersama arwah suaminya. Ini terjadi biasanya kalau keluarga arwah suaminya turut menuntut harta arwah.

Situasi no.3 tu sangat menarik bagi saya. Mahkamah Syariah Malaysia dan Undang-undang Syariah Malaysia jelas membela nasib isteri (dan isteri-isteri). Apabila poligami berlaku, si isteri boleh menuntut nafkah dan harta sepencarian walaupun tidak bercerai. Selain menjamin hak isteri, kehidupan akan datang juga terbela. Itu pun kalau si suami (yang miang tu) mampu berpoligami. Kalau dah 1 keluarga pun dah tak terbela, lu pikir sendiri la bang klu nak tambah satu keluarga lagi. Lu mampu ke tidak? Setakat mampu batin je baik tak payah!

Kegagalan suami memberi nafkah sama ada selepas bercerai atau selepas berpoligami, memungkinkan suami dipenjarakan. Lu tak takut ke bang? Dalam penjara lu tak dapat itu batin, baik lu jaga 1 bini dan 1 keluarga je bang, daripada kena penjara..hahaha.

Hak penjagaan anak adalah hak bekas isteri. Namun demikian, ada beberapa syarat lain untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Seorang itu mesti berakhlak baik, tinggal bersama anak-anak, dan mampu. Walaupun si ibu mampu, tanggungjawab si ayah memberi nafkah tetap WAJIB.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up