Prune Cake Lagi..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Hari ni saya kukus prune cake lagi, sebabnya saja nak bagi hubby rasa cake air tangan isterinya ini walaupun bukan recipe sendiri..hehehe.

Satu lagi sebab kenapa saya kukus prune cake hari ni ialah hari ni birthday my dearest hubby. Selain itu dicabar oleh hubby bila tengok banyak barang buat cake/cookies kat umah. Kata dia, tak nampak pun mana cake/cookies nya, nanti sampai dia balik kerja pun saya tak buat. Baiklah, isterimu yang comel ni akan buat! Isterimu ini akan buktikan padamu wahai En.Yusof tercinta..huhu~

Saya tak simpan recipe prune cake ni kat rumah, ingat-ingat lupa sukatan bahan-bahannya. Terpaksa ako sms tuan punya recipe..hahaha. Gigih ni, sementara hubby berehat, nak buat sampai siap! Chaiyok..chaiyok!

Seminggu lepas saya redeem Maybank TreatPoint saya dengan stand mixer, so kali ni takde lagi menually beat..lenguh tangan ako. Ohoho teringat first time try luck buat prune cake ni, without mixer berjaya juga dengan lenguh-lenguh tangan beat adunan guna garfu je. Tapi tadi masa masukkan tepung (sedikit demi sedikit) tu, berterbangan debu tepung. Ish, tak suka saya bersepah-sepah dapur dengan debu tepung! Ke memang camtu bila orang lain beat tepung? Hurmm..al maklum, first time guna mixer. Hahaha~

Bila dah siap adunan, tiba masa untuk kukus. Hurmm lagi sedap kukus daripada bakar kot. Belum pernah la bakar, tapi kawan saya kata bila bakar cake akan jadi kering sikit la.

Kukus dengan hamparkan kain/napkin dapat elakkan air yang terwap jatuh pada adunan

Entah apa weng-nye saya kali ni, g kukus dengan api besar konon nak kurangkan masa. Dah tu cake jadi kembang melebihi bekas tapi tak masak di dalamnya. Kecewa.. Letak balik dalam kukusan dan kukus lagi 15 minit dengan api sederhana. Sepatutnya, mengikut tuan punya recipe, cake kena kukus 40 minit dengan api sederhana. Dah tu, padan muka saya cake kembang tapi tak masak..hoho~

Prune cake yang indah rasa dari rupa. Eh, sedap tau!

Yang ni comel sikit walaupun merekah serupa monster..hehe

Hubby puji gak la. "Pandai jugak, walaupun rupanya hodoh" Ok lah, disregard kutukan selepas pujian tu..hehe~ I love you, Syg. Happy birthday!


0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up