Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat diraja Kedah atas kemangkatan Tuanku Sultan Abdul Halim Ibn Sultan Badlishah pada 11/September yang lalu. Sebagai penduduk di negeri ini, Cik Rean turut berdukacita. Semoga Allah merahmati roh baginda dan mengampuni segala dosanya. Aamiin.

Cik Rean masih berpegang kepada prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Mungkin ramai anak muda kini yang tak memegang prinsip hormat dan setia pada Raja, tapi bagi Cik Rean inilah salah satu jati diri yang perlu ada dalam diri bangsa Melayu. Bukan mengagung-agungkan kedudukan kerabat raja ini, sebab mereka juga manusia yang sama kedudukan di sisi Allah, tapi lebih kepada hormati mereka sebagai pemimpin yang berperanan dalam menjaga kedudukan agama.

Sebagai manusia, mereka juga pasti ada khilaf. Tetapi Cik Rean lebih suka melihat sisi-sisi positif yang boleh dicontohi. Cik Rean kagum dengan keeratan tali kekeluargaan, kesopanan tatasusila, adat istiadat yang dijunjung dan kebajikan yang mereka tabur pada rakyat di bawah naungan mereka. Kebanyakan mereka mempunyai perasaan yang halus dan rasa kasih sayang pada rakyat. Inilah yang menyentuh hati Cik Rean.

Cik Rean doakan semoga Allah sentiasa mendorong setiap hati dalam kerabat diraja ini ke arah jalan yang lurus menurut Islam dan kekalkan kebaikan yang ada dalam hati mereka untuk seluruh rakyat khususnya di Malaysia yang tercinta ini. Aamiin YRA..

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up