wut the 'ache' 'ee' 'elle' 'elle'!!!!

Semalam rata-rata orang akan blog tentang kenaikan harga petrol yang secara automatik ternaiklah juga harga barang-barang yang lain. Masing-masing bengang dengan apa yang berlaku. Marahkan kerajaan, marahkan Najib. Tapi saya malas nak cakap pasal tu. Bukanlah nak jadi bodo sekadar mengikut dan mengiyakan tindakan kerajaan tu, tapi worth ke saya bising-bising sekarang? Hurmm..suara saya tak didengari pun, klu undi blh nampak kottt...hahaha

Bkn hal ini yang saya nak blog sekarang, tapi hal semalam jugak la. Geram dan bengang giler ngn sorang senior engineer ni..! Taulah dia dah lama, yelah nama pun senior kan. Mentang-mentanglah dia senior, dia ske ati je nak buli saya dengan kata-kata dia. Dia buli saya sebab saya baru, tapi dalam masa yang sama dia anggap saya orang yang dah lama yang tau semua benda. "Awak lot owner, takkan lah tak tau?" Betullah saya tak tau, dan saya cakap saya akan rujuk pada senior saya. "Cepat tau, dah lama dorang cari measurement box tu, xjumpa. Cepat tau. Ha lagi satu...bla..bla..bla" Membebel aje, tadi suh cepat tapi sempat lagi nak membebel..bla..bla..bla. Sakit ati! Dia buli saya sebab saya orang baru, tapi dalam masa yang sama anggap saya orang lama dan tau semua benda. Tak faham dan tak mo faham dia. Malas nak layan.

Esoknya bukan saya yang bukak cerita tak puas hati, tapi senior saya sendiri pon bengang dengan senior yang tu. Kami diberikan projek ni tanpa leader kami passdown clearly tentang projek ni sebab masa tu leader kami dah sibuk nak balik bercuti Korea. Kami pun sebenarnya tercangang-cangang dengan projek ni, tapi masih berusaha untuk jayakan. Senang-senang je dorang tekan kami. Stress betol! Tak pernah dalam sejarah projek2 sebelum ni front-end fabricate kat sini, back-end fabricate kat company lain. Masalah alignment la...dan ntah ape2 lagi issue timbul. Even lot type pon jadi issue..huh!

Tak sabar tunggu leader balik dari Korea. Dia lebih tau pasal projek ni, so kami takde la teragak-agak nak buat keputusan. Pastu ade orang boleh backing..hehehe.

p/s hopefully nanti mr.yun bawak gim banyak-banyak...sedapnyerrr

Teda kah?

Teda kah lowongan di JB untuk saya?
Hehehe..bahasa Sabah campur bahasa Indon. Suke hati saya saja..

Ya Allah, aku pohon rahmat dan kasih sayangMu untuk berikan yang terbaik kepadaku. Di manakah sebenarnya? Masih di sinikah, atau bakal ke sana pula? Ya Allah, pandukanlah hati ini ke jalan yang benar.

~Rindu En.Syg~

Dulu kalau rindukan En.Syg, saya selalu MMS photo pada dia, bukan dia MMS photo dia pada saya. Hahaha..ni siapa rindu siapa? Rindu sangat kat En.Syg sekarang ni. Apa boleh buat, hubungan jarak jauh memanglah macam ni. Rindu-rindu selalu..



(-_~) demam..

Saya dapat medical leave hari ni. Semalam lagi dah selsema dan rasa nak demam. Sakit kepala saya tiap kali bersin bertalu-talu tak henti-henti.

Tadi pagi seperti biasa saya bangun pukul 6 untuk solat subuh dan bersiap-siap g office. Tapi usai solat, saya rasa malas sangat nak bersiap, kepala pun masih rasa berat sangat. Saya berlingkar atas katil dan dapat rasakan kepanasan badan sendiri. Oh, saya tahu...saya dah demam ni. Ok, sambung tidur!

Pukul 9 tadi saya bangun dari tidur dan bersiap-siap pulak ke klinik. Kepala masih rasa berat untuk drive sendiri ke klinik, tapi tak sampai hati nak kejutkan Kak Na yang mungkin sedang nyenyak tidur. "Takpelah, pelan-pelan drive nanti sampailah," pujuk hati sendiri.

Lama jugak berada di klinik tadi, dari pukul 9.32pg sampailah 10.38pg (tahu pun sebab ade rekod dalam MC yang disertakan). Dr.Rusli yang attend tadi. Ini kali kedua saya berkunjung ke klinik tu, kali terakhir setahun yang lepas. Doktor tu kerek sikit, tapi baik sebenarnya. Alhamdulillah dia signed medical leave untuk saya tadi, kalau tak mesti esok pagi saya kena apply annual leave. Hurmm..berkuranglah cuti yang saya kumpul nanti, mujur dapat medical leave.

Lepas makan ubat dalam pukul 11.30pg tadi, saya terus tarik selimut. Tidur dengan nyenyak sampai pukul 2ptg. Alhamdulillah, dah berpeluh sikit-sikit, nak kebah demam la ni. Selsema pun dah berkurang, betul la mujarab Zyrtec tu.

The.Ajnabee

Pernah tak selama korang berchatting, ada stranger yang first time chatting ngan korang bertanyakan soalan macam ni, "Apa yang membuat hidup kamu bahagia?"...

Hurmm..jujur masa ni saya memang terkesima dengan soalan yang terlontar tu. Ada benih kagum terhadap si chatter. Kagum dengan cara dia berfikir, mungkin.

Selalunya bila first time chatting mesti tanya soalan wajib "asl plz" dan disusuli dengan soalan yang sekadar berbasa-basi dan mohon akan jumpa lagi di lain kali. Tiada soalan yang mengagumkan berat seperti di atas.

Oh, siapakah dia? Hanya sekali tu je saya chat dengan stranger tu. Saya memang berharap saya boleh chatting dengan dia lagi. Saya benar-benar kagum..huhu.

Namun itu kisah kira-kira 4 tahun lepas semasa saya masih bermain-main di Universiti. Lama dah kan? Tapi tiba-tiba teringat pulak..hehe takde pape, sekadar teringat.


up