Titipkan Rindu dalam Hati Kami

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Alhamdulillah berjaya lalui hidup sehari-hari tanpa En.Suami yang berjauhan mencari nafkah untuk isterinya ini. Esok genap dua minggu tak berjumpa dengan buah hati kesayangan. Kalau ikutkan jadual kerjanya, minggu ni dapatlah berjumpa lagi. Tapi selagi belum terbang dalam chopper, tak boleh confirm En.Suami balik atau tak. Walau apa pun, doa isterinya ini selalu terbit di bibir setiap kali solat, semoga Allah SWT memberikan kesejahteraan dan keselamatan pada sang suami. Ameen..

Being A Wife

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Oh, rasa rindu nak ber-blogging. Hari ni replacement day untuk birthday Sultan Kedah semalam, ambil peluang ni lepaskan gian. Boleh kan? It is because I am so excited to share my life being a wife to my beloved husband..hehe.

Selama dua minggu bersama Encik Suami, sikit-sikit dah tahu kegemaran dan pe'elnya. Encik Suami bukan jenis cerewet pasal makanan, apa yang ada depan mata tulah dia makan. Or maybe he learned that his wife is not a chef..ekeke. Agaknya sebab tu lah jugak dia kadang-kadang masuk dapur jenguk isteri dia masak. Tapi kita pulak yang gelabah kalau dia ada. Rasa macam 'lambatnya isteri aku ni masakkkk...' Rasa tertekan di situ, okeh..hahaha.

Minggu pertama Encik Suami balik, kami makan yang simple-simple aje. Ayam goreng, telur dadar, ikan goreng...semua yang goreng-gorenglah. Kadang-kadang ada lah masak bening bayam. Hazab sungguh bila peralatan dapur tak lengkap. Seminggu tu goreng-goreng guna frying pan yang sebuah tu. Goreng telur dadar syoklah, bila goreng ayam...sakit hati je rasanya! Lambat sebab tak boleh buat deep fry. Hujung minggu tu kami pergi Padang Besar memborong peralatan rumah. Terima kasih pada kawan-kawan yang berikan sumbangan sempena perkahwinan kami hari tu. Alhamdulillah, banyak jugak yang kami dapat beli dengan sumbangan tu. Thanks a lot!

Lepas dah cukup peralatan di dapur, barulah boleh masak walaupun kurang masin, terlebih pedas, atau terhangit..hahaha. Dua minggu ni selain ayam goreng, telur dadar dan ikan goreng, saya berjaya buat ayam masak paprik, ikan sambal berlada, tumis sardin, lempeng, cucur jagung dan sayur goreng. Encik Suami gemarkan sayur goreng berbanding sayur berkuah. Encik Suami yang bagitahu ni masa kitorg beli sayur dan lauk kat pasar malam. Ok noted, kenalah belajar pelbagai resepi sayur goreng demi Encik Suami tercinta..eceh!

Alhamdulillah, saya rasa syukur sebab Allah kurniakan suami yang penyayang dan penuh pengertian. Selama saya di office, Encik Suami di rumah berkemas malah uruskan pakaian kami. Tak pernah dalam dua minggu ni, saya basuh pakaian. Balik kerja, tengok Encik Suami dah jemur dah. Hilang penat bila tengok. Terima kasih, Syg... So in return, saya kenalah isi perut Encik Suami dengan makanan yang saya masak sendiri..ngeee.

Pagi tadi lepas solat Subuh, saya sambung tidur sampai pukul 8 lebih..huhu. Walaupun tahu tak elok tidur lepas Subuh, tapi mengantuk punya pasal balun je. Oh, Encik Suami takde..lupa nak bagitahu...hehe. Untunglah kalau boleh sambung tidur bila Encik Suami ada. Perlulah sediakan sarapan untuknya kan. Kalau malas sangat, paling tidak kena bancuhkan air untuk Encik Suami sarapan.

Pagi tadi plan nak try buat mee goreng. Eksperimen dulu kot-kot berjaya buat. Dalam hati, kalau berjaya, bolehlah masak untuk Encik Suami bila dia balik nanti. Masak agak-agak je sambil ingat-ingat balik macam mana mak masak. Akhirnya berjaya jugaklah. Walaupun taklah sesedap mak masak, but not so bad lah. Ok, passed!


Sarapan hari ni; mee goreng dan air teh


up