Mobile Spa & Confinement Workshop (Phase 1)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Pada hari Sabtu yang lepas, 24 Januari 2015 saya telah mengikuti satu bengkel spa bergerak dan berpantang anjuran IbuSuri. Apa itu IbuSuri? IbuSuri ni adalah satu jenama baru keluaran HR Marketing yang telah lama bertapak di Malaysia selama lebih 15 tahun. IbuSuri mempunyai rangkaian produk untuk seisi keluarga khasnya untuk ibu hamil, berpantang dan menyusu.


Berikutan fokus IbuSuri ialah memberikan yang terbaik untuk para pelanggan, pihak pengurusan IbuSuri telah mengadakan satu bengkel untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pengedar produk ini. Bengkel spa bergerak dan berpantang anjuran IbuSuri ini telah membuka peluang yang lebih luas kepada pengedarnya.

Saya merupakan salah seorang pengedar IbuSuri. Disebabkan saya adalah pengedar yang committed (eceh..!), saya taknak lah ketinggalan menyertai bengkel-bengkel berguna ni.

Fasa pertama, kami difahamkan tentang kepentingan berpantang, risiko-risiko semasa berpantang dan rawatan semasa berpantang. Selain itu, terdapat demonstrasi urutan anti-stres dibahagian muka, kepala dan bahu diajarkan di dalam bengkel tersebut. Demonstrasi amalan bertangas, bertungku dan menu masakan menggunakan rempah segera resepi MakTok juga dipertontonkan kepada para peserta. Kalau dah ada demonstrasi masakan, mestilah kami dapat rasa dan makan menu berpantang yang sedap itu.



up