come..come

owh, nak citer ni . td siang darling saya dengan sungguh-sungguh suruh saya bukak satu website ni. hurm website promosi jana pendapatan melalui internet rupanya. beria-ia suruh saya signup . dengan modal serendah RM200, boleh jana sampai RM88,569.00 atau lebih. cuma promosikan url dan ajak kawan untuk sertai. mudah je..

kenapa saya join business ni? sbb produknya berkesan dan berfaedah utk penggunanya. kebanyakan orang suka join business dengan produk makanan sampingan atau minuman kesihatan. saya bimbang produk jenis itu sebab belum tentu ia HALAL dimakan/diminum. pada yang yakin, terpulanglah. business produk yang saya join tu takde kena mengena dengan benda yang masuk dalam tubuh badan kita, cuma kegunaan di rumah/pejabat yang sangat berkesan untuk jimatkan penggunaan tenaga elektrik.

setiap orang punya cara masing-masing. terpulang sama ada tutup semua lampu walaupun sebenarnya takut dalam gelap, atau sanggup tak pakai baju sebab kepanasan kipas ditutp demi jimatkan penggunaan elektrik. tapi dengan produk ini, tak perlu bersusah-susah untuk jimatkan penggunaan tenaga elektrik. cuma pasangkan produk ini di soket di rumah/pejabat, anda boleh jimatkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 30%.

cubalah klik di sini dan fahami produk ini. jangan lupa signup dan hebahkan pada rakan-rakan. selamat mencuba!

sickness part 1

I want to be myself
I don't want to do something that I hate
I don't want to pretend that I am happy, but I am not
this is sickening me
I just want to be genuine, not fake

this is FAKE!

why i love busy?

Why i love busy? For some people, this must be crazy. But for me, I love being busy especially at work. Why?
1. Because I dont have time to play around.
2. I dont get bored and sleepy.
3. I can focus to work instead remembering my darling .
4. I could learn more.

FAB n MAXIS Community

haish..sejak akhir2 ni klu tdo xsedar langsung. tdo mati! dh 2 mlm FAB called, mestilah ada hal ngn lot yg jln dlm tu. tp cket pun xtercuit utk bgn. hurmm..dh tua, bdn pun cpt penat =p

td pg maxis representator dtg kilang. program yg dorg tawarkn adlh company community. setiap employee yg daftar dlm community akan entitle 38hrs free calls, 500 free SMS and 100 free MMS between community members. menarik, mula2 tu mmg nk daftar dh. tp bila tgk rate call dan SMS klu contact org lain selain community members...hurm xjd la. syg tu nk tukarkn plan prepaid yg ada activ10 dgn 1sen/SMS kpd 10sen/SMS. klu dgn plan prepaid skg, saya blh ber'SMS' dgn darling saya 1sen/SMS. klu join program tu, 10sen/SMS...hurmmm saya blh dpt 10 SMS dgn kadar skg. ish..ish..xblh..xblh.

mmg la klu join program tu, saya blh call employee yg lain dgn kadar murah. blh support FAB jugak. tp tu la..nt mahal plak nk contact darling...kuikui. nk pilih darling ke nk pilih FAB? =)

Kitab Cinta

Pagi semalam, biasalah selepas bangun solat subuh saya tidur semula time cuti-cuti ni. Tiba-tiba dalam pukul 9 pagi, housemate baru saya ketuk pintu bilik.

"Akak, boleh mintak tolong antar orang g clinic tak? Orang sakit perut, muntah-muntah."

Hah..udah, apa hal plak ngan budak ni? Saya dah risau dah. Alamak tak mandi lagi.

"Ok, boleh..boleh. Kejap, akak mandi dulu eh"

Dalam tak sampai setengah jam selepas tu, saya bawa dia g clinic kat Tmn Selasih. Panel clinic bagi SIRIM AMREC. Unfortunately, clinic tu belum buka masa kami sampai. Selepas dia called officemate dia, kami ke pekan Kulim untuk ke Klinik Ng. Semasa di situ, Kak Min called nak ajak saya ke Megamall Penang. Kak Min nak ambil hp di Samsung Service Centre. Saya setuju tapi janji akan confirm semula sebab takut kalau-kalau ada hal lain pulak muncul.

Selepas balik dari clinic, saya singgah dulu di Carnival. Doktor nasihatkan housemate saya supaya tak makan pedas, kena makan roti dan air milo. So saya bawa dia ke situ untuk beli makanan. Saya pun tumpang beli sekali, banyak gak jajan yang saya beli. Dalam pukul 11, kami pun sampai la kat rumah sewa. Selepas makan roti dan minum air milo sikit, housemate saya berehat-rehat sedang saya mula bersiap untuk g Megamall dengan Kak Min.

"Kak Min, orang dah sampai umah"

"Oh iye ke? Okay, akak datang amik Norin kat sana eh.."

"Kak Min nak amik ke? Orite..! Ingat orang nak datang sana"

"Eh, takpe. Akak yang ajak Norin kan?"

Kami gerak ke Megamall dalam pukul 11.40 pagi dan sampai kira-kira setengah jam selepas tu. Selepas Kak Min puas hati dengan keadaan hp dia yang baru dibaiki tu, kami pusing-pusing masuk dalam Popular. Belek-belek buku yang ada kat situ. Hurm..buku wajib belek for sure la novel-novel. Berkenan dengan buku Faisal Tehrani dan Ramli Awang Murshid, tapi bukan boleh beli pun. Sebabnya, semalam gaji tak masuk lagi. Kalau dah masuk pun, saya dah nekad untuk tak bershopping 2 3 bulan ni sebab nak topup semula duit yang saya dah belanjakan semasa pindah rumah awal bulan ni. Apapun saja buang masa kat dalam Popular tu walaupun tak membeli. Tertarik pulak dengan Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha. Saja tengok-tengok novel bertemakan Islam selepas tertarik baca novel Tunggu Teduh Dulu oleh Faisal Tehrani yang kekasih hati saya hadiahkan tahun lepas.

"Akak ade buku ni. Kalau Norin nak baca, akak bagi. Akak hadiahkan kat Norin"

"Eh? Boleh gak. Hehehe..takpe ke?"

"Takpelah. Akak tak berapa suka baca novel-novel fiction. Akak bagi Norin je la"

Lepas tengok buku, kami masuk Pacific pulak. Waah, Kak Min beli sampai 2 handbags tu. Total up to RM400..huhu. Penat pusing-pusing, kami ke KFC untuk lunch pada pukul 3 ptg. Kak Min belanja..weeehoooo!

Okay la dah penat taip sambil baring. Nak layan novel plak, hopefully best gak. Lepas ni novel jadi peneman tidur la..huhu.



Valentine's Day? We are not yet in February, aren't we?



Woahh...damnly want to watch the movie!

All fav stars act in this movie..this must be movie of the year


n3 pertama?

n3 di bawah ni adalah n3 pertama saya di rumah sewa yg baru
bermula 4hb Jan yg lps saya menyewa di tempat baru
saya harap hidup saya bertambah baik di rumah ini
saya mahu hidup yang lebih selesa dan lengkap..InsyaAllah

Jalan² Kuching - Day 3

Hari tu hari terakhir saya di Kuching sebab pada sebelah malamnya saya akan flight ke KL. Pagi tu selewat 6.30 pagi saya bangun untuk solat Subuh, mujur masih ade waktu. Lepas solat, siap-siap untuk ke majlis resepsi Aleen kat Dewan Hikmah. Rancangnya nak gerak pukul 9.30pg, tapi dah dekat kul 9 pun K.Sherry belum balik dari pasar pagi. Dalam pukul 10 barulah kami gerak ke Dewan Hikmah, tapi takpe pun sebab majlis belum mula lagi.

Sepanjang jalan masuk ke dewan, para penyambut tetamu dari sebelah Abu dah siap berdiri bersalam dengan kami. Kami amik meja yang paling depan untuk tetamu biasa-biasa macam kami ni la, nak duk meja VVIP tak layak pulak..hehe. Belum panas punggung, adik Aleen datang ke meja kami untuk kami isikan guest book. Aqilah memang tabah melayan kami yang banyak songeh masa tu.

Di meja tu, kami kawan-kawan Aleen masa di U duduk berkumpul. Banyak la cerita keluar sementara tunggu kedua mempelai masuk dewan. Hurmm..dekat kul 11 jugak la baru Aleen dan Abu berarak masuk dewan. Selama sejam sebelum tu, semuanya ketibaan tetamu kehormat. Takpe la, bukan selalu pun menunggu lagipun tak rasa sangat sebab berborak-borak sikit.

Ada la beberapa acara yang berlangsung; tepung tawar, potong kek. Semuanya selesai dalam masa sejam termasuk acara makan-makan. Yang seronoknya dapat tengok Aleen sanding dan jumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa. Ada Linda, Dayang Liz dengan Zye, Cher dengan husband, Timah dengan husband, dan Ali Fainur yang kesemua mereka memang asal Borneo. Kalau tak datang wedding Aleen, memang takde la nak jumpa..heee.

Belum pun majlis resepsi tu habis sepenuhnya, kami gegas balik ke rumah Diana untuk tukar baju ke Sarikin. Huh, memang rushing ajelah sepanjang di Kuching tu. Perjalanan amik masa setengah jam jugak. Sarikin adalah sempadan Sarawak-Indonesia. Dari Kuching, kena lalu Bau untuk sampai Sarikin. Di Sarikin saya shopping telekung dengan bahan baju kurung. Dekat situ je abis lebih RM200. Tempat tu panas, kedai berderet-deret macam kat Wang Kelian.

Selesai shopping, masa untuk balik. Tapi masing-masing letih dan buat keputusan untuk singgah di Bau untuk minum. Kami sepakat order teh C peng special; air teh yang ada 3 layer tu. Kemaruk sangat minum air tu, sampai entah berapa snapped photos untuk air tu je. Happy la masa tu.

Sampai di Kuching, Diana hantarkan saya dan Comel ke rumah Aleen. Kami berpisah di situ. Terima kasih atas layanan yang Diana bagi untuk kami. Sebaik masuk ke rumah Aleen, kami berkemas untuk flight malam tu. Tengah berkemas, sesuatu yang pelik saya perasan. Kek lapis saya tertukar ni. Mana kek lapis sisik ikan saya? Hah udah..tertukar ngan sape plak ni. Aisey..dah la tak singgah lagi kat rumah Diana. Uhuk, kek lapis sisik ikan tu la yang paling saya suka. Mahal sikit lima ringgit dari kek lapis yang lain pulak tu. Hurmm..takde rezeki.

Kak Izma dan Abang Jaz yang hantar saya dan Comel ke airport Kuching. Kat airport jumpa lagi ngan uncle dan aunty Aleen yang nak balik KL jugak. Rupanya sama flight. Lepas check in, semasa tunggu dekat departure hall tu, kami tengok kat screen, flight delay. Adei, lambat la nampaknya saya sampai KL. Udah la Abah dan abang saya takde kat KL masa tu. Terpaksalah amik teksi bila sampai di KL nanti.

Mungkin nasib saya kurang baik masa tu. Saya rasakan perkhidmatan LCCT kurang memuaskan. Terpaksa jalan jauh dari plane ke arrival hall tu. Pulak tu bila sampai kat tempat amik bag, satu kaunter sampai uruskan luggage untuk 3 flights. Bagi saya, tak sistematik dan berkesan betul! Passanger 3 flights ni berkerumun kat sepanjang laluan luggage tu. Sesak! Dekat kul 1 pg pun tak settle lagi. Saya amik bus shuttle ke KL Sentral pun sampai dekat kul 2.30 pg. Sampai di KL Sentral, saya tak berani amik teksi. Yang kurang ajarnya, ada driver teksi yang perli saya kata "dia takut naik teksi, takut kena rogol". Hish...memang sial la driver tu. Memang buat saya lagi takut nak amik teksi waktu tu.

Saya called Bibik saya yang duk kat Setapak. Mujur Bibik ngan Paman saya belum tidur dan suruh saya tunggu kat situ sampai diorang datang. Lama jugak la saya tunggu, tapi nasib baik Bibik ada. Bibik hantar saya sampai ke rumah dekat kul 4pg gak la. Mak yang sambut saya. Saya 'upah' Bibik kek lapis sebiji. Lepas minum-minum kejap kat rumah saya, Bibik dan Paman pun balik rumah diorang. Mak dan saya pulak masuk tidur lepas borak-borak sekejap.

Penat, tapi seronok. Huh tak lupa...takut pun ade!

Jalan² Kuching - Day 2

Hari ke-2, sepatutnya awal² pagi kami rancang nak tengok orang utan kat Semanggoh, tapi saya dan Comel masih letih dan buat keputusan untuk rehat saja di rumah Aleen. Tambahan pula, lebih kurang pukul 3 majlis nikah Aleen dijadual berlangsung. Letih sangat la tu, pukul 10 baru bangun. Bangun² tido, saudara-mara Aleen dah mula meramaikan rumah. Huih..segan tak mandi² lagi neh! Hehehe..

Lps mandi, iron bj plak. Plan nk pkai bj color merah-hitam, skali pelamin Aleen pn color yg sma jugak. So cancelled, iron bj yg 1 lagi, yg sepatutnya pkai msa reception day. Bj yg customly made for the wedding..kuikui. Majlis berlangsung dalam msa 2jam je. Banyak gak snapped photo, unfortunately bkn dari saya. Saya takde camera..uhuk.

Malam tu waktu Aleen sibuk rehearsal, kami plak sibuk kat bengkel kek lapis Zaharah. Tujuannya nak amek tempahan semalam. Sampai kat tepi jalan masuk ke bengkel tu, kakak tu btau kek xsiap lagi. Okay..kami g makan dulu kat Kg.Boyan. Saya makan laksa Sarawak, Comel makan Mi Kolok, yang lain tak nak makan sebab dah kenyang makan di rumah Aleen. Dalam banyak² menu yang kami pesan, yang paling istimewa ialah Teh C Special. Teh yang ada 3 lapisan. Saya tak order, tapi rasa jugak la. Ermm sedap..!

Lepas makan, kami ke bengkel kek lapis Zaharah semula. Dengan berbaju kurung dan heel, masing² redah hujan renyai dari tempat parkir kereta ke bengkel tu. Rupa²nya kek lapis sisik ikan saya yang belum siap. Jadi, kek lapis tu dibungkus asing dari yang lain. Sebelum balik, kakak tu siap bagi komisen kat Diana sebab bawa kami dan buat tempahan kek lapis kat situ. Memang pemurah la kek lapis Zaharah tu. Semoga Allah permudahkan rezeki mereka.

Malam tu kami berlima tidur di rumah sewa Diana. Sebelum tidur, siapkan dulu baju untuk esok pagi untuk majlis resepsi Aleen. Selepas settle masukkan kek lapis dalam fridge, buat bayaran pada barang yang dipesan; ikan terubuk masin dan t-shirt, kami semua tidur.

Gudnite!

Jalan² Kuching - Day 1

Dulu, semasa saya masih belajar di KUKUM, awal² lagi Aleen dah pesan, "Nanti Aleen kawin, Cikrean datang tau. Cikrean mula la tabung RM1/sehari untuk tambang flight. Hehehe..". Jadi, pada tarikh 31 Dis 2009 yang lepas, saya terbang ke Kuching dengan tujuan utama menghadirkan diri ke kenduri Aleen.

Sampai je di Airport Kuching, adik Aleen, Ken jemput saya dan Comel tapi bukan ke rumah Aleen, sebaliknya drop kami untuk dijemput pula ke Sarawak Cultural Village. Huhu, belum pun jumpa orang yang dicari, dah berjalan² ke tempat lain. Tapi Aleen tak kesah pun, tambah pulak dia busy dengan persediaan sebelum akad dan majlis sanding.

Hampir ke pukul 1, Liza, K.Sherry dan Diana datang menjemput kami untuk ke Santubong, lokasi Sarawak Cultural Village tu. Lama gak perjalanan tu, sampai ada yang tertido, termasuklah saya..hehe. Di Sarawak Cultural Village, kami berlima melawat semua rumah² budaya. Ada 7 semuanya (baca ala² script dragon ball..haha). Ada rumah Bidayuh, Iban, Penan, Melanau, Melayu, Cina dan Orang Ulu. Huh, memang penat giler la kt dalam Sarawak Cultural Village tu, sampaikan rumah Melanau yang sangat tinggi tu saya tak naik. Di bawah rumah, saya menyaksikan tarian yang lompat buluh tu (huhu..tak tau tarian apa). Akhirnya penat kami terubat kira² pukul 4 apabila para penari di situ menyajikan kami dengan tarian² dari suku kaum terbesar di Sarawak di dalam teater yang terletak dengan pintu masuk Sarawak Cultural Village. Kira² pukul 5, kami gerak pulang ke Kuching.

Diana dengan kereta Vivanya menghantar kami ke rumah Aleen di Batu Kawa, pinggir bandar Kuching. Itulah kali pertama selepas lebih setahun saya bertemu Aleen. Semakin kurus pulak dia, tapi tetap 'kacak'. Selepas solat jamak ta'akhir untuk Asar dan Zuhur, kami berlima terus ke rumah sewa Diana di bandar Kuching. Selepas membersihkan diri dan solat jamak ta'dim untuk Maghrib dan Isyak, kami ke Kampung Boyan yang terletak tak jauh dari Waterfront, Kuching. Kami berlima makan malam di sana. Sedap, banyak lauk yang kami pesan. Maka, setiap seorang membayar RM20 untuk malam tu. Selepas makan, kami ke bengkel Kek Lapis Zaharah yang tak jauh dari situ. Sedap, kakak yang melayan kami tu pun baik. Rasalah kek lapis kat situ, sampai kenyang pun takpe..huhu. Daripada berhajat nak beli 5 biji kek lapis, saya telah memesan 10 biji dengan 9 jenis kek lapis. Tak lupa, kakak tu bagi 1 biji percuma dengan pesanan 10 biji tadi. So, total 11 biji yang saya bakal bawa balik ke KL. Kami bersetuju akan ambil pesanan tadi keesokkan harinya pada sebelah malam. Selepas membuat pembayaran, Diana menghantar saya dan Comel ke rumah Aleen, manakala Liza dan K.Sherry tumpang di rumah Diana.

~Selamat Malam~

51st Birthday!

Happy 51st Birthday, Abah!

up