Sampai je di Airport Kuching, adik Aleen, Ken jemput saya dan Comel tapi bukan ke rumah Aleen, sebaliknya drop kami untuk dijemput pula ke Sarawak Cultural Village. Huhu, belum pun jumpa orang yang dicari, dah berjalan² ke tempat lain. Tapi Aleen tak kesah pun, tambah pulak dia busy dengan persediaan sebelum akad dan majlis sanding.
Hampir ke pukul 1, Liza, K.Sherry dan Diana datang menjemput kami untuk ke Santubong, lokasi Sarawak Cultural Village tu. Lama gak perjalanan tu, sampai ada yang tertido, termasuklah saya..hehe. Di Sarawak Cultural Village, kami berlima melawat semua rumah² budaya. Ada 7 semuanya (baca ala² script dragon ball..haha). Ada rumah Bidayuh, Iban, Penan, Melanau, Melayu, Cina dan Orang Ulu. Huh, memang penat giler la kt dalam Sarawak Cultural Village tu, sampaikan rumah Melanau yang sangat tinggi tu saya tak naik. Di bawah rumah, saya menyaksikan tarian yang lompat buluh tu (huhu..tak tau tarian apa). Akhirnya penat kami terubat kira² pukul 4 apabila para penari di situ menyajikan kami dengan tarian² dari suku kaum terbesar di Sarawak di dalam teater yang terletak dengan pintu masuk Sarawak Cultural Village. Kira² pukul 5, kami gerak pulang ke Kuching.
Diana dengan kereta Vivanya menghantar kami ke rumah Aleen di Batu Kawa, pinggir bandar Kuching. Itulah kali pertama selepas lebih setahun saya bertemu Aleen. Semakin kurus pulak dia, tapi tetap 'kacak'. Selepas solat jamak ta'akhir untuk Asar dan Zuhur, kami berlima terus ke rumah sewa Diana di bandar Kuching. Selepas membersihkan diri dan solat jamak ta'dim untuk Maghrib dan Isyak, kami ke Kampung Boyan yang terletak tak jauh dari Waterfront, Kuching. Kami berlima makan malam di sana. Sedap, banyak lauk yang kami pesan. Maka, setiap seorang membayar RM20 untuk malam tu. Selepas makan, kami ke bengkel Kek Lapis Zaharah yang tak jauh dari situ. Sedap, kakak yang melayan kami tu pun baik. Rasalah kek lapis kat situ, sampai kenyang pun takpe..huhu. Daripada berhajat nak beli 5 biji kek lapis, saya telah memesan 10 biji dengan 9 jenis kek lapis. Tak lupa, kakak tu bagi 1 biji percuma dengan pesanan 10 biji tadi. So, total 11 biji yang saya bakal bawa balik ke KL. Kami bersetuju akan ambil pesanan tadi keesokkan harinya pada sebelah malam. Selepas membuat pembayaran, Diana menghantar saya dan Comel ke rumah Aleen, manakala Liza dan K.Sherry tumpang di rumah Diana.
~Selamat Malam~
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!