Jalan² Kuching - Day 2

Hari ke-2, sepatutnya awal² pagi kami rancang nak tengok orang utan kat Semanggoh, tapi saya dan Comel masih letih dan buat keputusan untuk rehat saja di rumah Aleen. Tambahan pula, lebih kurang pukul 3 majlis nikah Aleen dijadual berlangsung. Letih sangat la tu, pukul 10 baru bangun. Bangun² tido, saudara-mara Aleen dah mula meramaikan rumah. Huih..segan tak mandi² lagi neh! Hehehe..

Lps mandi, iron bj plak. Plan nk pkai bj color merah-hitam, skali pelamin Aleen pn color yg sma jugak. So cancelled, iron bj yg 1 lagi, yg sepatutnya pkai msa reception day. Bj yg customly made for the wedding..kuikui. Majlis berlangsung dalam msa 2jam je. Banyak gak snapped photo, unfortunately bkn dari saya. Saya takde camera..uhuk.

Malam tu waktu Aleen sibuk rehearsal, kami plak sibuk kat bengkel kek lapis Zaharah. Tujuannya nak amek tempahan semalam. Sampai kat tepi jalan masuk ke bengkel tu, kakak tu btau kek xsiap lagi. Okay..kami g makan dulu kat Kg.Boyan. Saya makan laksa Sarawak, Comel makan Mi Kolok, yang lain tak nak makan sebab dah kenyang makan di rumah Aleen. Dalam banyak² menu yang kami pesan, yang paling istimewa ialah Teh C Special. Teh yang ada 3 lapisan. Saya tak order, tapi rasa jugak la. Ermm sedap..!

Lepas makan, kami ke bengkel kek lapis Zaharah semula. Dengan berbaju kurung dan heel, masing² redah hujan renyai dari tempat parkir kereta ke bengkel tu. Rupa²nya kek lapis sisik ikan saya yang belum siap. Jadi, kek lapis tu dibungkus asing dari yang lain. Sebelum balik, kakak tu siap bagi komisen kat Diana sebab bawa kami dan buat tempahan kek lapis kat situ. Memang pemurah la kek lapis Zaharah tu. Semoga Allah permudahkan rezeki mereka.

Malam tu kami berlima tidur di rumah sewa Diana. Sebelum tidur, siapkan dulu baju untuk esok pagi untuk majlis resepsi Aleen. Selepas settle masukkan kek lapis dalam fridge, buat bayaran pada barang yang dipesan; ikan terubuk masin dan t-shirt, kami semua tidur.

Gudnite!

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up