SHOCK

updated: photo added

Hari Selasa baru ni Abah accident kat Kuala Lipis OTW nak ke Kelantan. Masa tu hujan lebat dan jalan pun licin. Abah bawak tak laju pun, dalam 60kmj sebab tau hujan lebat. Abah tak langgar mana-mana kereta tapi termasuk ke bahu jalan dan tayar melanggar longkang kecil. Disebabkan itu, kereta tergolek dua kali dan remuk bahagian bumbung dengan cermin depan belakang berderai. Saya sendiri pun tak dapat bayangkan macam mana ia terjadi.


Alhamdulillah Abah tak apa-apa. Apapun saya tetap risau dan bertegas minta Abah buat medical check-up. Saya risau kalau-kalau di luar tak nampak apa-apa yang sakit, tapi di dalam kita tak tahu. Tambahan pula Abah sakit jantung dan pernah buat operation tiga tahun lepas.

Hari ni Abah akan datang dari KL untuk ambil Kembara yang saya pandu sejak 4bulan lepas. Sejak accident tiga hari lepas, Abah 'patah kaki' tak ada kenderaan, jadi Kembara ni akan gantikan Cherokee Abah yang dah lunyai tu. Maka mulai awal minggu depan, saya tidak lagi punya kereta. Petang nanti saya akan pulang ke KL dengan Abah dan semoga perjalanan kami selamat. Aminn..

Meet.Atia

Hi, this is Atia. She is Kak Lisa's newborn baby..urmm still new la, about 2 months. Kak Lisa spread an email to us and cheer up our day with the photo of her cute baby girl. Isn't she cute?
Kak Lisa ckp "Gambar amatur je..tu pun selepas 50 shots. Hehehe". Luaskan dahi dia? "Dahi luas, hidung kembang, haa tu la anak I. Semualah mcm tu"... -Huhu macam saya gak la! Hahaha..anak jawa jarang hidung mancung. Ermm ade ke yang hidung mancung? Musykil!

-Gara-Gara-Rumor-

Minggu ni saya punya cerita yang saya pun tak tau nak defined sebagai menarik atau sedih. Hari Khamis lepas saya terima email dari colleague yang mengatakan company yang saya sedang jalani OJT ni takkan ambil kitorang sebagai employee. Aduhai..kecewanya saya. Hari tu saya memang down sangatlah. Tambah pula hari tu saya puasa, dengan laparnya..dapat pulak rumor yang mengecewakan tu..huh rasa down sangatlah hari tu. Betullah kata kawan saya, "Puasa memanglah macam ni, Norin. Relax..relax. Aku tengok tegang sangat ko ni."

Sepanjang hari tu saya tak tentu arah. Saya marah, sedih, geram...semua ada lah. Saya tekad nak call pihak NCIA dan katakan there is no point saya ada kat company tu kalau dorang takmo serap saya sebagai employee. Task yang senior saya bagi pun saya buat dengan separuh hati. Kawan-kawan yang cuba nak bergurau dengan saya pun, saya ambil serius. That was a terrible day. Namun saya balik dengan harapan saya akan ok keesokkan harinya. Saya ingin settle dengan kawan-kawan yang mungkin kecil hati dengan sikap saya hari tu.

Esoknya; hari Jumaat pagi-pagi lagi saya dah kena tegur dengan senior saya apabila saya ke tempat dia. "Norina, what happen to this lot?" Saya terpegun sekejap..apa yang tak kenanya. "Why do you remove the whole step? I said just remove the step at another child lot, not the parent lot!." Saya pun termanggu seketika...cuak gilerr! What I have done? OMG...

Saya balik ke tempat saya dan check apa instruction yang senior saya bagi semalam. Oh my..memang silap saya. Saya dah misunderstood apa yang dia cakap walaupun sebenarnya tidak pada mulanya. Namun apabila fikiran saya jadi kacau semalamnya, habis semuanya hancur. Seketika saya menyesali diri kerana hanya disebabkan rumor yang saya dengar dan tak pasti kebenarannya, saya telah merosakkan prestasi kerja saya. Sempat saya menyalahkan penyebar rumor itu, tapi itu bukan cara yang tepatkan..

Mujur kesilapan saya itu tak terlalu serius kerana lot tu masih boleh rework..kalau tak, habislah saya. Sebenarnya dah dua kali saya screw up lot tu. Kali pertama pada implant process, dan kali ni pada photo. Kak Lisa, mentor saya yang baru kembali dari cuti bersalin menenangkan saya. "Dah la jangan menangis, sikit je ni. Boleh rework balik." Sesi memujuk tu tercetus apabila dia menanyakan bagaimana kerja sepanjang dia tiada. Lalu dengan kecewanya saya pun bercerita pada dia yang saya telah buat silap gara-gara mendengar rumor yang menyedihkan itu. "Jangan dengar rumor kalau nak berjaya. Kalaupun company taknak ambil awak, HV group nakkan awak. Dah..jangan risau." Uhuhu..saya sangat bersyukur punya mentor yang sangat supportive. Dia adalah mentor dan juga kakak bagi saya. Kak Lisa..thank you so much! Mr.Yun, I won't let you down! I'll do my best in every task you gave to me. This time I'll be more focus no matter what happen.

Lagu.Kami

Lagu bawa impak mendalam dalam diri terutamanya perasaan, kan? Bila kita dengar lagu-lagu yang mengingatkan kita pada perkara/kejadian tertentu, perasaan yang sama seperti yang kita pernah rasai tetap segar dalam seolah-olah perkara/kejadian tu sedang berlangsung. Adakah anda pernah melaluinya?

Tadi saya melayan musik, tiba-tiba lagu Fergie-Big girls don't cry dan Colbie-Bubbly menyusul..ia membuat saya teringat akan teman-teman sewaktu kami sama-sama extend sem..hee. Saya dapat merasai perasaan itu, menghidu bau segar rumah kami dan menghargai kebahagian kami. Teringatkan hari-hari yang kami lalui..suasana di dalam kereta..dan  masak bersama-sama. Kami sama-sama sukakan lagu itu, itu lagu kami.....

Aleen, Linda dan Atif,
I miss u girls..

BuSy.bUsY..hUhU

"Awak lg, Norina? Sudah2 lah, bg can kt org lain pulak"

Ehehe..hari ni je lebih dr 3 SERI saya submit ke RBT team. Turun naik ke department dorg, sampai naik mnyampah En.Ramizi tgk saya. Tu En.Ramizi, klu En.Rizal pun sma gak. Skg lg 'best' ber'aku-kau' dgn saya. Nth pehal nth ngan En.Rizal tu.

Hari ni saya busy cket..penat la tp saya seronok sbb saya tak duduk2 saja. Klu hari2 cmni, klu xkurus...huh xtau la! Haha..

short conversation

saya: (senyum)
k.tina: (senyum) k.lisa bila blk semula?
saya: 24hb nnt kot..minggu ni, minggu dpn..haa minggu satu lagi
k.tina: oOoo..sekejap je eh
saya: (senyum)
k.tina: eh awak pun nampak kurus skg
saya: heh? baju itam kot (senyum)
k.tina: yeke?

bangganya saya klu saya dh kurus cket..huhu riak2

Seluas.Lautan

Hari yang istimewa, meriah namun sederhana
Masak sambal ikan keli, kerabu dan sup ikan
Abang-abang, bibik n paman datang umah
Tanpa hadiah, hanya kucupan kasih dari kami
Buat mak...
Selamat Hari Ibu!

Final.Preparation

Tomorrow I will have a presentation with NCIA representator regarding my performance and involvement in the NCITES program. I will present what I had done for the last three months. Hopefully they are satisfy with my performance and will consider me as new employee. Wish me luck. Aja!

The World is You

The good you find in others, is in you too.
The faults you find in others, are your faults as well.
After all, to recognize something you must know it.
The possibilities you see in others, are possible for you as well.
The beauty you see around you, is your beauty.
The world around you is a reflection, a mirror showing you the person you are.
To change your world, you must change yourself.
To blame and complain will only make matters worse.
Whatever you care about, is your responsibility.
What you see in others, shows you yourself.
See the best in others, and you will be your best.
Give to others, and you give to yourself.
Appreciate beauty, and you will be beautiful.
Admire creativity, and you will be creative.
Love, and you will be loved.
Seek to understand, and you will be understood...

up