GASTRIK SAMPAI SESAK NAFAS!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Saya memang tak boleh tak makan, kecuali puasa. Kalau saya lapar, cepat je naik angin dan memang kena makan lah. Sebab mindset kot, kalau puasa tahan je dan mungkin juga berkat ibadat agaknya.

Selalunya kalau lapar mesti kena gastritis. Teruk sangat apabila gastritis sampai rasa sesak nafas. Baru-baru ni saya berjumpa doktor sebab rasa sangat letih dah sesak nafas. Doktor kata mungkin disebabkan gastritis. Ujar doktor, kedudukan perut yang berhampiran diafragma dan peparu menyebabkan hal itu berlaku. Lebihan asid gastrik yang reflux ke atas menyebabkan dinding 'tangkai' perut menekan sedikit diafragma dan peparu. Lalu disebabkan itu, saya berasa cepat letih dan sesak nafas. Doktor lakarkan gambarajah sekali. Tapi untuk faham lebih jelas, saya kongsikan gambarajah yang cantik untuk sahabat-sahabat semua. Lihat bulatan berwarna kuning.

Agak-agak ada tak yang menghidapi situasi yang sama? Ce LIKE sekali kt sebelah tu!


Alhamdulillah, saya jumpa penyelesaian untuk masalah saya. Saya amalkan minuman susu kambing, yang mana susu kambing bersifat alkali akan meneutralkan lebihan asid gastrik. Dengan campuran makanan sunnah yang lain, walaupun saya berpuasa sepanjang hari tetapi saya tidak berasa letih dan terlalu lapar jika bersahur dengan minuman susu kambing. Sekiranya saya tidak berpuasa, saya akan bersarapan dengan minuman susu kambing ini setiap pagi.

Nak tahu minuman susu kambing mana yang saya minum? Pastinya sedap dan tiada bau hanyir. Ada dua perisa, vanilla dan chocolate. Dua-dua pun sedap! Saya bergilir minum dua perisa ini, apabila sebotol perisa vanilla habis, saya buka pula perisa chocolate. Begitulah sebaliknya setiap bulan. Nak tahu mana nak dapatkan minuman susu kambing ni, hubungi sahaja saya. Kalau segan, click je kat SINI. Aish..segan pulak dia!


✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

Norina Yusoff a.k.a Nurin
IbuSuri Distributor Agent 

+60126281149

✿ ✿ ✿✿✿✿✿ ✿ ✿ ✿ ✿✿✿ ✿ ✿ ✿

Travelog Langkawi 1

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Sudah lama tak pergi vacation ke mana-mana. Jujurnya saya bukan jenis yang menyimpan untuk vacation; tiada tabung untuk vacation. Mungkin ada simpanan, tetapi simpanan kecemasan kot..huhuhu.

Vacation ke Langkawi ini adalah vaction yang gamble dan walk-in je. Hati terdetik nak pergi vacation, ajak sahabat jutawan saya Adek Somey, *finger snap* pap! terus je pergi. Memang gila tapi itulah yang best because every moment are surprising!!

Kami bertolak dari Kulim seawal 7.45 pagi dan berhenti rehat di RnR Gurun untuk sarapan sekitar pukul 9.00 pagi. Kami sarapan dengan nasi terus! Kira 'brunch' juga lah ni..hehehe

Sepinggan nasi untuk saya. Berselera juga pagi tu..hehehe

Adek Somey dan sepinggan nasinya. Started to lessen her portion

Sampai di Kuala Perlis sekitar pukul 11.00 pagi. Alhamdulillah saya mempunyai teman yang berasal dari Kuala Perlis yang boleh kami tumpangkan kereta di rumah beliau. Sebenarnya Kuala Perlis pun bukan lah asing bagi saya kerana saya menetap di situ dari tahun 2003 hingga 2007 semasa menuntut di UniMap. Kan dah kata redah je, tapi mujur dapat tiket feri pukul 12 tengah hari. Tak de lah tunggu lama sangat pun. Kami ingatkan masuk Langkawi selepas LIMA agak lengang, tapi ramai juga. Feri penuh kot!


Wah, Adek Somey berseri-seri nak pergi bercuti!

Kami dapat seat paling depan menghadap tangga. Tak best betul! Tapi fikir-fikir balik, ada hikmahnya sebab boleh kami fokus tidur..hahaha. Lepas turun daripada feri nak kena bekerja keras cari kereta sewa dan bilik hotel pula. Alhamdulillah, sampai di jeti Kuah ada orang pass biz card sewa kereta. Maka urusan tawar-menawar pun bermula.

Pada mulanya kami nakkan kereta Viva sebab lebih jimat, tapi tak available. Akhirnya kami ditawarkan kereta Kia Rio dengan sewa RM60 sehari. Risau juga sebab tak pernah drive kereta jenis tu, tapi tu lah kan..Allah nak bagi kita rasa drive lah tu. Ok lah..walaupun rasa alignment macam lari.

Pengembaraan di Langkawi pun bermula.. Kami menghala ke Cenang untuk mencari bilik murah dalam lingkungan harga RM60~RM80, tapi yang seaview! Adui, memang tak de lah! Ke hulu hilir sampai letih, kami hampir nak give up dan ambil bilik bukan seaview dengan harga RM100. Masa tu dah pukul 3.30 petang macam tu.. Berehat sekejap sambil makan roti di Bread Story untuk kumpul tenaga.

Akhirnya setelah beberapa kali percubaan, kami dapat bilik di Delta Motel and Restaurant pada harga RM110 termasuk breakfast. Alhamdulillah, Dia berikan kami chalet yang betul-betul macam yang kami visualized. Allah dengar permintaan kami.. Allah Ya Allah! Kami bersyukur sangat sebab inilah bilik yang sangat kami idamkan dan kami bayangkan apabila tiba di Pantai Chenang.



Petang tu, selepas berehat dan solat jamak ta'akhir, kami ambil angin di tepi pantai. <Bakal bersambung di entry seterusnya : Travelog Langkawi 2>


up