بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
Ini adalah sambungan kepada Travelog Langkawi 1 dalam entry sebelumnya. Lama noo nak tunggu sambungan kedua ye..? Mana tak nya, letih.. sama letihnya ke hulu ke hilir Pantai Cenang mencari bilik motel yang bersesuaian dengan budget. Busuk dan letih tak dapat nak digambarkan, akhirnya saya dan Adek Somey terjelepok dalam chalet kayu yang kami idamkan. Kami merehatkan diri lebih kurang 1 jam setengah di dalam chalet sebelum menyambung aktiviti.
Selepas solat Jamak Ta'akhir Asar dan Zuhur, kami bersiap untuk bersiar-siar di persisiran Pantai Cenang. Delta Motel and Restaurant merupakan motel yang paling hujung, malah sangat dekat dengan sign "Langkawi Permata Kedah". Ini pertama kali saya sampai kat hujung Pantai Cenang ni. Menarik sangat tempat ni sebab terdapat sebuah restoran bernama The Cliff di situ. Laman The Cliff ni dihias cantik, dari situ kita dapat lihat pemandangan Pantai Cenang dari sisi lain yang sangat cantik.
Buat pertama kali, di sinilah saya mula pandai menggunakan panorama kamera Sony Ericsson Xperia Arc S saya. Hasilnya..superb!
Kami banyak mengabadikan moment yang cantik di sini sampaikan ralit tak sedar dah agak lewat petang. Haish..nak buat macam mana, kami teruja sangat!
Selepas entah berapa banyak photo yang sempat kami snap, kami bergerak ke kedai bebas cukai di bangunan UnderWater World. Jalan masuk ke Delta Motel and Restaurant memang bersebelahan dengan UnderWater World, jadi sangat dekat untuk kami berjalan kaki sahaja. Tujuan ke situ bukan nak tengok penguin pun..hehehe kami nak survey harga chocolates yang kawan-kawan pesan. Sambil-sambil cuci mata dan ofcoz snap gambar lagi!
Saya ada catitkan beberapa jenis chocolates yang available beserta harganya di situ.
Ok, selepas buat survey di UnderWater World perut pun lapar. Ada sahabat Adek Somey yang tinggal di Langkawi mencadangkan kami makan di Restoran Veena di pekan Kuah. Disebabkan kami memang nak menuju ke Kuah untuk survey chocolate di HIG (Haji Ismail Group) pula, kami pun bersetuju untuk cari di mana lah lokasi Veena tu. Ketika sampai di pekan Kuah, hujan renyai-renyai mulai turun, berpusing-pusing kami cari di mana Veena, akhirnya jumpa juga. Yeay, makan!!
Selepas makan barulah kami ke HIG untuk menjamu mata. Saya plan nak shopping di Idaman Suri juga, jadi tak lah melihat-lihat barangan rumah di situ. Sekadar survey harga chocolate sahaja. Kononnya selepas survey chocolate nak singgah ke Dataran Lang, tapi masa tu dah pukul 10 gitu.. Ada rasa gentar di dalam hati nak drive dari Kuah ke Cenang lewat malam. Tak jadilah, Adek.. Kita balik chalet lah..hahahaha!
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Kalau nak variety chocolate yang best, UnderWater World lah tempatnya. Tapi nak harga yang sedikit murah, boleh gi HIG. Tapi waktu ni saya tak perasan yang HIG tak cukup variety, tengok harga yang murah je. Akibatnya, ada beberapa pesanan kawan-kawan yang tak dapat dipenuhi. Agak terkilan sedikit di situ...
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!