Dream Big!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Hai..

Semalam saya ke suatu majlis dinner sempena Tahun Baru Cina anjuran Shaklee di Hotel Ixora, Penang atas jemputan sahabat saya. Ini adalah kali kedua saya menghadiri majlis anjuran Shaklee Malaysia. Kedua-dua majlis tersebut saya hadiri bersama sahabat saya, Adek Somey.

Kali kedua juga saya dapat berjumpa dengan President Shaklee Malaysia iaitu Mr.Victor Lim yang sentiasa inspired. Malam tadi, beliau memberikan angpao kepada semua hadirin. Angpao itu bukan sahaja valid untuk malam tadi sebaliknya jika digunakan sebaiknya ia dapat menjamin seluruh hidup. Angpao yang diberikan oleh Mr.Victor Lim adalah kata-kata semangat.
Successful people know what they want to achieve in their life. You decide what you want!
Successful people never gave up their dreams. Never let anyone destroy or steal away our dreams!

Terdapat juga sharing daripada saudara Mohd Firdaus Mat Saad, salah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Saudara Mohd Firdaus juga merupakan suami kepada Shaklee Master Coodinator Kam Maria Abdul Mutalib, yang juga merupakan tulang belakang kepada kejayaan Master Maria. Saudara Mohd Firdaus telah berkongsi juga beberapa petua untuk berjaya kepada hadirin. Antaranya, untuk mencapai kejayaan sesorang perlu ada mentor, dan harus follow serta connect dengan mentor. Seseorang itu juga harus mempunyai impian yang sangat besar dan bertindak luar biasa untuk mencapai impian. Jangan banyak memberikan alasan sebaliknya bertindak!

Sebenarnya banyak juga yang dikongsikan oleh saudara Mohd Firdaus. Beliau mengingatkan bahawa kita harus berniaga untuk membantu menambah nilai hidup orang lain, bukan semata-mata untuk kaya sahaja. Kita akan jadi orang yang kaya dan berjaya apabila kita telah membantu orang lain untuk jadi kaya dan berjaya juga.

Kata-kata daripada kedua-dua mereka adalah merupakan peringatan bagi saya. Kali pertama saya mendengar kata-kata sedemikian adalah sewaktu saya menghadiri seminar daripada guru yang saya kagumi iaitu Dr. Azizan Osman. Hari ini saya masih belum mencapai kejayaan seperti mereka, namum saya percaya suatu hari nanti (tidak lama sahaja lagi) saya pasti menjadi orang yang kaya dan berjaya. Allah itu Maha Kaya, Dia boleh bagi apa sahaja yang saya mahu dengan doa, usaha dan tawakkal saya kepadaNya. InsyaAllah, Allahumma Aameen.




Personality Quiz

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Jom try jawab kuiz ni: http://quizly.io/quiz/1503/begin/1

Saya dapat 'Optimistic'
You are… Optimistic
The things that you saw in the test cards show that you have an optimistic personality, are out-going, happy most of the time and have a healthy and strong mind. When you face a problem in life you tend to focus on the positive side of things, even if sometimes this might seem hard. You’re very courageous and active and easily dive into new challenges, rather than hide, avoid or run from them. Your capacity to adapt to new situations is high above the average which makes you an easy-going person always surrounded by lots of people and good friends. Good for you!
Ye, saya cuba melihat setiap perkara pada sisi yang baik selepas saya menghadiri seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan oleh Dr.Azizan Osman kira-kira hampir setahun yang lepas. Kenapa? Sebab perkara-perkara yang negatif boleh menghalang saya untuk lebih maju dalam hidup. Sejak itu, saya cuba dan masih mencuba untuk selalu berfikiran positif. Saya cuba menghindari kekotoran masuk ke dalam kolam jiwa saya. Semoga saya istiqomah ke arah kebaikan. InsyaAllah. Aameen, Allahumma Aameen..

Kegemaran saya : GoChoc dan Vitalea Iron formula

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Selamat berhujung minggu untuk sahabat-sahabat saya. Hari ini kita berehat-rehat, esok kita bakal mulakan minggu bekerja kita pula. Apa pun yang kita buat, kita mesti 'merasakannya' dan bersungguh-sungguh ok!

Pagi tadi bersarapan dengan minuman susu kambing GoChoc dicampur dengan sesudu madu. Sedapnya bukan main-main. Sudahlah GoChoc ada kandungan madu, dicampur lagi dengan sesudu madu, manalah tak sedap giler! Secawan GoChoc dah mengenyangkan saya, alah buat alas perut je. Tapi GoChoc memang mengeyangkan pun, sebab ada kandungan kurma dan protein beras. Protein beras (Oryza peptide) ni adalah kandungan dalam susu yang orang bina badan ambil supaya mereka rasa kenyang dan lebih bertenaga. Sebab tu lah semasa puasa saya sahur dengan GoChoc supaya saya tak lembik di siang hari. Saya suka minuman susu kambing ni, selalu bergilir minum GoChoc atau GoMilk. Dua-dua sedap giler, tak ada bau hamis. Lagipun susu kambing yang bersifat alkali ni bagus untuk neutralkan lebihan asid gastrik dalam perut saya ni. Naya kalau tak sarapan, asid gastrik yang berlebihan ini boleh sebabkan diarrhea.

Tengahari ni tak tahulah nak makan apa. Plan nak makan bihun sup..haish sedapnya sampai terliur. Lepas makan tengahari nanti bolehlah ambil supplement Shaklee Vitalea saya tu. No..no..no..kalau boleh tak nak skip Vitalea tu sebabnya saya ada experience tekanan darah rendah. Vitalea dengan iron formula kurangkan risiko saya jadi pening sebab tekanan darah rendah. Iron membantu meningkatkan HB darah. Saya selalu ambil supplement selepas makan tengahari sebab semasa sarapan saya ambil susu. Susu boleh mengganggu penyerapan vitamin ke dalam badan.

Bukan kali ini

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم


Selepas hari ke-58 tiba-tiba hari ni menses, maka start lah period yang baru. Takde rezeki lagi. Pergh..period dua bulan sekali plak. Takpe lah, Allah Maha Mengetahui bila masa yang sesuai untuk saya dan suami saya mendapatkan zuriat. Alhamdulillah, walaupun agak sedih tapi masih bersyukur yang saya normal sebab boleh menses..hehehe. NEXT!

p/s hari tu symptoms false pregnancy ke? hehehe

up