Dream Big!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Hai..

Semalam saya ke suatu majlis dinner sempena Tahun Baru Cina anjuran Shaklee di Hotel Ixora, Penang atas jemputan sahabat saya. Ini adalah kali kedua saya menghadiri majlis anjuran Shaklee Malaysia. Kedua-dua majlis tersebut saya hadiri bersama sahabat saya, Adek Somey.

Kali kedua juga saya dapat berjumpa dengan President Shaklee Malaysia iaitu Mr.Victor Lim yang sentiasa inspired. Malam tadi, beliau memberikan angpao kepada semua hadirin. Angpao itu bukan sahaja valid untuk malam tadi sebaliknya jika digunakan sebaiknya ia dapat menjamin seluruh hidup. Angpao yang diberikan oleh Mr.Victor Lim adalah kata-kata semangat.
Successful people know what they want to achieve in their life. You decide what you want!
Successful people never gave up their dreams. Never let anyone destroy or steal away our dreams!

Terdapat juga sharing daripada saudara Mohd Firdaus Mat Saad, salah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Saudara Mohd Firdaus juga merupakan suami kepada Shaklee Master Coodinator Kam Maria Abdul Mutalib, yang juga merupakan tulang belakang kepada kejayaan Master Maria. Saudara Mohd Firdaus telah berkongsi juga beberapa petua untuk berjaya kepada hadirin. Antaranya, untuk mencapai kejayaan sesorang perlu ada mentor, dan harus follow serta connect dengan mentor. Seseorang itu juga harus mempunyai impian yang sangat besar dan bertindak luar biasa untuk mencapai impian. Jangan banyak memberikan alasan sebaliknya bertindak!

Sebenarnya banyak juga yang dikongsikan oleh saudara Mohd Firdaus. Beliau mengingatkan bahawa kita harus berniaga untuk membantu menambah nilai hidup orang lain, bukan semata-mata untuk kaya sahaja. Kita akan jadi orang yang kaya dan berjaya apabila kita telah membantu orang lain untuk jadi kaya dan berjaya juga.

Kata-kata daripada kedua-dua mereka adalah merupakan peringatan bagi saya. Kali pertama saya mendengar kata-kata sedemikian adalah sewaktu saya menghadiri seminar daripada guru yang saya kagumi iaitu Dr. Azizan Osman. Hari ini saya masih belum mencapai kejayaan seperti mereka, namum saya percaya suatu hari nanti (tidak lama sahaja lagi) saya pasti menjadi orang yang kaya dan berjaya. Allah itu Maha Kaya, Dia boleh bagi apa sahaja yang saya mahu dengan doa, usaha dan tawakkal saya kepadaNya. InsyaAllah, Allahumma Aameen.




0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up