بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
Sudah lama tak pergi vacation ke mana-mana. Jujurnya saya bukan jenis yang menyimpan untuk vacation; tiada tabung untuk vacation. Mungkin ada simpanan, tetapi simpanan kecemasan kot..huhuhu.
Vacation ke Langkawi ini adalah vaction yang gamble dan walk-in je. Hati terdetik nak pergi vacation, ajak sahabat jutawan saya Adek Somey, *finger snap* pap! terus je pergi. Memang gila tapi itulah yang best because every moment are surprising!!
Kami bertolak dari Kulim seawal 7.45 pagi dan berhenti rehat di RnR Gurun untuk sarapan sekitar pukul 9.00 pagi. Kami sarapan dengan nasi terus! Kira 'brunch' juga lah ni..hehehe
Sepinggan nasi untuk saya. Berselera juga pagi tu..hehehe |
Adek Somey dan sepinggan nasinya. Started to lessen her portion |
Sampai di Kuala Perlis sekitar pukul 11.00 pagi. Alhamdulillah saya mempunyai teman yang berasal dari Kuala Perlis yang boleh kami tumpangkan kereta di rumah beliau. Sebenarnya Kuala Perlis pun bukan lah asing bagi saya kerana saya menetap di situ dari tahun 2003 hingga 2007 semasa menuntut di UniMap. Kan dah kata redah je, tapi mujur dapat tiket feri pukul 12 tengah hari. Tak de lah tunggu lama sangat pun. Kami ingatkan masuk Langkawi selepas LIMA agak lengang, tapi ramai juga. Feri penuh kot!
Wah, Adek Somey berseri-seri nak pergi bercuti! |
Pada mulanya kami nakkan kereta Viva sebab lebih jimat, tapi tak available. Akhirnya kami ditawarkan kereta Kia Rio dengan sewa RM60 sehari. Risau juga sebab tak pernah drive kereta jenis tu, tapi tu lah kan..Allah nak bagi kita rasa drive lah tu. Ok lah..walaupun rasa alignment macam lari.
Pengembaraan di Langkawi pun bermula.. Kami menghala ke Cenang untuk mencari bilik murah dalam lingkungan harga RM60~RM80, tapi yang seaview! Adui, memang tak de lah! Ke hulu hilir sampai letih, kami hampir nak give up dan ambil bilik bukan seaview dengan harga RM100. Masa tu dah pukul 3.30 petang macam tu.. Berehat sekejap sambil makan roti di Bread Story untuk kumpul tenaga.
Akhirnya setelah beberapa kali percubaan, kami dapat bilik di Delta Motel and Restaurant pada harga RM110 termasuk breakfast. Alhamdulillah, Dia berikan kami chalet yang betul-betul macam yang kami visualized. Allah dengar permintaan kami.. Allah Ya Allah! Kami bersyukur sangat sebab inilah bilik yang sangat kami idamkan dan kami bayangkan apabila tiba di Pantai Chenang.
Petang tu, selepas berehat dan solat jamak ta'akhir, kami ambil angin di tepi pantai. <Bakal bersambung di entry seterusnya : Travelog Langkawi 2>
1 comment(s):
kamu, saya tak sabar tunggu travelog seterusnya ^__^
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!