Entry Terakhir Tahun Ini - Seronok Berniaga

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Setelah lebih 2 minggu menghilang, barulah sekarang nak muncul. Hehehe

Norin balik kampung lebih seminggu yang lepas bermula 19hb Dec. Sengaja cuti lama sikit untuk luangkan masa dengan Mak Abah dan adik-beradik serta anak-anak buah. Mulanya balik kampung suami dulu, lepas tu barulah jumpa keluarga sebelah Norin pula.

Cuti memanglah memenatkan, tapi syukur dapat bersama-sama keluarga. Buat kerja rumah tak berhenti, ada je yang nak dikemaskan dan dibantu. Penat tapi seronok. Tambah seronok apabila Adik Iman mula berniaga di gerai Mak pada sebelah malam.

Sebelum ni Mak berniaga nasi lemak dan lontong di waktu pagi di gerainya D'Saji Kartina. Selepas beberapa lama berniaga pagi, Mak semakin letih kerana terpaksa bangun lebih awal menyiapkan jualan. Akhirnya Mak buat keputusan untuk berniaga pisang goreng dan keropok lekor pada sebelah petang sahaja. Pada sebelah malam pula, Adik Iman akan sambung dengan berniaga burger.

Adik Iman baru sahaja mulakan perniagaan pada 22hb Dec lepas dengan dipandu oleh suami Norin yang berpengalaman berniaga burger sebelum ini. Hari pertama berniaga, Alhamdulillah terjual 5 biji burger. For me it's a good start. Hari kedua meningkat ke 22 biji. Wow!! Hari ketiga pula lebih 40 biji terjual. Alhamdulillah. Memang seronok berniaga.

Masa bercuti memang banyak habis di rumah dan gerai sahaja. Hanya sekali sahaja berkesempatan mandi-manda di Hutan Lipur Ulu Yam. Lama tak mandi air sungai, brrr sejuk!! Sekarang nak masuk dah kena bayar; RM1 sekepala. Tapi bila kena bayar ni, nampaklah persekitaran kawasan lebih bersih. Alhamdulillah. Barulah kita dapat nikmati keindahan alam semulajadi dan bersih kan.

Kek Coklat Kukus Lapis Keju

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Malam tadi Norin sibukkan diri di dapur masak kek ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3. Asalnya nak beli kek je daripada homebakers yang famous dalam kilang tempat Norin kerja, tetapi sebelum buat tempahan Norin tanya Encik Husband dulu. Encik Husband kata "buat je lah, Sayang. Boleh dapat banyak" Hehehe..

Minggu lepas cuba buat kek kukus coklat yang moist dengan ganache sekali. Agaknya sedap lah kot, jadi Encik Husband cadangkan buat jugak lah kali ni. Sabtu lepas belilah barang-barang untuk buat kek. Kali ni cuba bermain dengan cream cheese pulak. Homebaker amatur sangat, tak pernah lagi main dengan cheese ni.

Google punya Google..dapatlah recipe yang mudah untuk diikut. Mula nampak recipe ni di blog Kak Yatie (pangkat kakak kot).. Pastu saja-saja browsing blog Azlita yang famous tu, nampak recipe yang sama daripada Kak Yatie. Saya tirulah..hehehe. Tapi untuk bahagian kek, Norin ikut recipe kek kukus coklat yang Norin cuba minggu lepas.

KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE

Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Pukul cream cheese bersama dengan gula sehingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek Coklat
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 sudu kecil baking powder*
*diayak bersama
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Masakkan serbuk koko, susu cair, minyak masak dan susu pekat dengan api kecil sehingga sebati, dan sejukkan.
Dalam bekas lain, pukul telur sampai kembang. Masukkan bahan yang dimasakkan tadi dan kacau sebati.
Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
Kemudian kacau bahan yang diayak sedikit demi sedikit hingga sebati.

Penyediaannya
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Encik Husband Norin sukakan chocolate ganache. Jadi untuk kek coklat kukus lapis keju versi Norin, ada lah chocolate ganache. Norin panaskan 150ml UHT whipping cream dan cairkan 250gm coklat masakan di dalam whipping cream tu. Maka jadilah chocolate ganache untuk dituangkan atas kek tadi. Untuk hiasan, Norin taburkan chocolate rise je.

3rd Anniversary

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

3 years down...forever to go!

Alhamdulillah, pada tarikh ini genaplah 3 tahun perkahwinan kami
Cinta masih hangat di dalam hati dek belaian kasih sayang antara kami
"Tergigit lidah" itu biasa, tetapi Alhamdulillah kami tak biarkan lama-lama
Ujian yang kami terima adalah tersendiri namun masih boleh dipikul

Semoga ikatan yang terbina kekal sehingga ke syurga-Nya
Semoga kasih sayang dan cinta sentiasa hangat
Semoga Allah kurniakan segala kebaikan di dalam ikatan ini
InsyaAllah akan lahir tanda cinta kami tahun depan
Kami percaya pada ketentuan dan rezeki-Nya
Allahumma Aameen...

Weekends Escape!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Hujung minggu lepas (28 Nov), Norin dan husband attended dua kenduri di Alor Setar. Alang-alang dah ke sana, Norin berikan cadangan kepada husband. 

"jom kita gi Kuala Perlis nak, Sayang?"
"ha'a, dah dekat dah kan.. boleh jugak, lama tak gi area sana"

Agaknya kami ni jenis tak boleh rancang awal-awal, kalau last minutes macam ni baru menjadi. Kalau diajak bercuti ke mana-mana, jawapannya tidak lah. Simpan je duit, katanya.

Alhamdulillah, selepas attend kenduri kat Alor Setar tu kami menuju ke Kuala Perlis. Sekitar jam 2 kami dah sampai di sana. Kami sewa budget motel je, RM60/malam. Jadilah, kami cuma 1 malam je kat situ. Saja lari sekejap ke sini. Adakah ini dikira honeymoon? Hehehe

Kuala Perlis bukan asing sangat sebab kami kan pernah belajar di sana. Tapi banyak juga perubahan di sana. Penempatan UniMap di sana telah menaikkan ekonomi penduduk di sana. Walaupun Kuala Perlis merupakan jalan masuk dari Langkawi selain Kuala Kedah, namun kini Kuala Perlis lebih menampakkan sedikit kemajuan dengan adanya penempatan UniMap.

Selepas checked in motel, kami bantai tidur sampai lewat petang. Plannya nak ajak husband gi pekena laksa tepi laut di sebelah Sanglang, tapi masing-masing kemalasan dan kebetulan hujan turun petang tu.

Sebelah malam kami keluar makan di kedai makan tepi jalan berdekatan dengan Shell. Muslim Seafood kalau tak silap namanya. Makan biasa-biasa je, nasi goreng hehehe.

Selepas makan, kami berjalan-jalan di sekitar kawasan persisir laut. Ada expo kecil kat situ, boleh lah nak cuci mata. Kompleks Makanan Laut ada beberapa kedai makan, tapi malam tu hanya Mona Ikan Bakar sahaj yang buka. Ramai orang! Mujur kami dah makan tadi, jadi tak terliur nak makan kat situ. Sengaja jalan-jalan kat kawasan lapang situ.

Akhir sekali kami ke perkarangan Masjid terapung Kuala Perlis. Duduk di sana lebih kurang setengah jam mengambil mood angin laut, kemudian kami balik ke motel. 

Motel kami opposite Jeti Kuala Perlis. Sebelah bilik kami riuh malam tu, esoknya hening je. Mungkin mereka tidur semalam di motel supaya pagi-pagi seawal jam 7 boleh naik feri ke Langkawi. Kami check out lebih kurang jam 10 pagi. Minum pagi kat gerai-gerai tepi jalan bersebelahan bangunan pusat pengajian UniMap, dan terus balik ke Kulim.

up