بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
Setelah lebih 2 minggu menghilang, barulah sekarang nak muncul. Hehehe
Norin balik kampung lebih seminggu yang lepas bermula 19hb Dec. Sengaja cuti lama sikit untuk luangkan masa dengan Mak Abah dan adik-beradik serta anak-anak buah. Mulanya balik kampung suami dulu, lepas tu barulah jumpa keluarga sebelah Norin pula.
Cuti memanglah memenatkan, tapi syukur dapat bersama-sama keluarga. Buat kerja rumah tak berhenti, ada je yang nak dikemaskan dan dibantu. Penat tapi seronok. Tambah seronok apabila Adik Iman mula berniaga di gerai Mak pada sebelah malam.
Sebelum ni Mak berniaga nasi lemak dan lontong di waktu pagi di gerainya D'Saji Kartina. Selepas beberapa lama berniaga pagi, Mak semakin letih kerana terpaksa bangun lebih awal menyiapkan jualan. Akhirnya Mak buat keputusan untuk berniaga pisang goreng dan keropok lekor pada sebelah petang sahaja. Pada sebelah malam pula, Adik Iman akan sambung dengan berniaga burger.
Adik Iman baru sahaja mulakan perniagaan pada 22hb Dec lepas dengan dipandu oleh suami Norin yang berpengalaman berniaga burger sebelum ini. Hari pertama berniaga, Alhamdulillah terjual 5 biji burger. For me it's a good start. Hari kedua meningkat ke 22 biji. Wow!! Hari ketiga pula lebih 40 biji terjual. Alhamdulillah. Memang seronok berniaga.
Masa bercuti memang banyak habis di rumah dan gerai sahaja. Hanya sekali sahaja berkesempatan mandi-manda di Hutan Lipur Ulu Yam. Lama tak mandi air sungai, brrr sejuk!! Sekarang nak masuk dah kena bayar; RM1 sekepala. Tapi bila kena bayar ni, nampaklah persekitaran kawasan lebih bersih. Alhamdulillah. Barulah kita dapat nikmati keindahan alam semulajadi dan bersih kan.
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!