بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
Malam tadi Norin sibukkan diri di dapur masak kek ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3. Asalnya nak beli kek je daripada homebakers yang famous dalam kilang tempat Norin kerja, tetapi sebelum buat tempahan Norin tanya Encik Husband dulu. Encik Husband kata "buat je lah, Sayang. Boleh dapat banyak" Hehehe..
Minggu lepas cuba buat kek kukus coklat yang moist dengan ganache sekali. Agaknya sedap lah kot, jadi Encik Husband cadangkan buat jugak lah kali ni. Sabtu lepas belilah barang-barang untuk buat kek. Kali ni cuba bermain dengan cream cheese pulak. Homebaker amatur sangat, tak pernah lagi main dengan cheese ni.
Google punya Google..dapatlah recipe yang mudah untuk diikut. Mula nampak recipe ni di blog Kak Yatie (pangkat kakak kot).. Pastu saja-saja browsing blog Azlita yang famous tu, nampak recipe yang sama daripada Kak Yatie. Saya tirulah..hehehe. Tapi untuk bahagian kek, Norin ikut recipe kek kukus coklat yang Norin cuba minggu lepas.
KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE
Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum
Pukul cream cheese bersama dengan gula sehingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.
Bahan B ~ Kek Coklat
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 sudu kecil baking powder*
*diayak bersama
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)
Masakkan serbuk koko, susu cair, minyak masak dan susu pekat dengan api kecil sehingga sebati, dan sejukkan.
Dalam bekas lain, pukul telur sampai kembang. Masukkan bahan yang dimasakkan tadi dan kacau sebati.
Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
Kemudian kacau bahan yang diayak sedikit demi sedikit hingga sebati.
Penyediaannya
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.
Encik Husband Norin sukakan chocolate ganache. Jadi untuk kek coklat kukus lapis keju versi Norin, ada lah chocolate ganache. Norin panaskan 150ml UHT whipping cream dan cairkan 250gm coklat masakan di dalam whipping cream tu. Maka jadilah chocolate ganache untuk dituangkan atas kek tadi. Untuk hiasan, Norin taburkan chocolate rise je.
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!