Sepanjang hari tu saya tak tentu arah. Saya marah, sedih, geram...semua ada lah. Saya tekad nak call pihak NCIA dan katakan there is no point saya ada kat company tu kalau dorang takmo serap saya sebagai employee. Task yang senior saya bagi pun saya buat dengan separuh hati. Kawan-kawan yang cuba nak bergurau dengan saya pun, saya ambil serius. That was a terrible day. Namun saya balik dengan harapan saya akan ok keesokkan harinya. Saya ingin settle dengan kawan-kawan yang mungkin kecil hati dengan sikap saya hari tu.
Esoknya; hari Jumaat pagi-pagi lagi saya dah kena tegur dengan senior saya apabila saya ke tempat dia. "Norina, what happen to this lot?" Saya terpegun sekejap..apa yang tak kenanya. "Why do you remove the whole step? I said just remove the step at another child lot, not the parent lot!." Saya pun termanggu seketika...cuak gilerr! What I have done? OMG...
Saya balik ke tempat saya dan check apa instruction yang senior saya bagi semalam. Oh my..memang silap saya. Saya dah misunderstood apa yang dia cakap walaupun sebenarnya tidak pada mulanya. Namun apabila fikiran saya jadi kacau semalamnya, habis semuanya hancur. Seketika saya menyesali diri kerana hanya disebabkan rumor yang saya dengar dan tak pasti kebenarannya, saya telah merosakkan prestasi kerja saya. Sempat saya menyalahkan penyebar rumor itu, tapi itu bukan cara yang tepatkan..
Mujur kesilapan saya itu tak terlalu serius kerana lot tu masih boleh rework..kalau tak, habislah saya. Sebenarnya dah dua kali saya screw up lot tu. Kali pertama pada implant process, dan kali ni pada photo. Kak Lisa, mentor saya yang baru kembali dari cuti bersalin menenangkan saya. "Dah la jangan menangis, sikit je ni. Boleh rework balik." Sesi memujuk tu tercetus apabila dia menanyakan bagaimana kerja sepanjang dia tiada. Lalu dengan kecewanya saya pun bercerita pada dia yang saya telah buat silap gara-gara mendengar rumor yang menyedihkan itu. "Jangan dengar rumor kalau nak berjaya. Kalaupun company taknak ambil awak, HV group nakkan awak. Dah..jangan risau." Uhuhu..saya sangat bersyukur punya mentor yang sangat supportive. Dia adalah mentor dan juga kakak bagi saya. Kak Lisa..thank you so much! Mr.Yun, I won't let you down! I'll do my best in every task you gave to me. This time I'll be more focus no matter what happen.
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!