"Akak, boleh mintak tolong antar orang g clinic tak? Orang sakit perut, muntah-muntah."
Hah..udah, apa hal plak ngan budak ni? Saya dah risau dah. Alamak tak mandi lagi.
"Ok, boleh..boleh. Kejap, akak mandi dulu eh"
Dalam tak sampai setengah jam selepas tu, saya bawa dia g clinic kat Tmn Selasih. Panel clinic bagi SIRIM AMREC. Unfortunately, clinic tu belum buka masa kami sampai. Selepas dia called officemate dia, kami ke pekan Kulim untuk ke Klinik Ng. Semasa di situ, Kak Min called nak ajak saya ke Megamall Penang. Kak Min nak ambil hp di Samsung Service Centre. Saya setuju tapi janji akan confirm semula sebab takut kalau-kalau ada hal lain pulak muncul.
Selepas balik dari clinic, saya singgah dulu di Carnival. Doktor nasihatkan housemate saya supaya tak makan pedas, kena makan roti dan air milo. So saya bawa dia ke situ untuk beli makanan. Saya pun tumpang beli sekali, banyak gak jajan yang saya beli. Dalam pukul 11, kami pun sampai la kat rumah sewa. Selepas makan roti dan minum air milo sikit, housemate saya berehat-rehat sedang saya mula bersiap untuk g Megamall dengan Kak Min.
"Kak Min, orang dah sampai umah"
"Oh iye ke? Okay, akak datang amik Norin kat sana eh.."
"Kak Min nak amik ke? Orite..! Ingat orang nak datang sana"
"Eh, takpe. Akak yang ajak Norin kan?"
Kami gerak ke Megamall dalam pukul 11.40 pagi dan sampai kira-kira setengah jam selepas tu. Selepas Kak Min puas hati dengan keadaan hp dia yang baru dibaiki tu, kami pusing-pusing masuk dalam Popular. Belek-belek buku yang ada kat situ. Hurm..buku wajib belek for sure la novel-novel. Berkenan dengan buku Faisal Tehrani dan Ramli Awang Murshid, tapi bukan boleh beli pun. Sebabnya, semalam gaji tak masuk lagi. Kalau dah masuk pun, saya dah nekad untuk tak bershopping 2 3 bulan ni sebab nak topup semula duit yang saya dah belanjakan semasa pindah rumah awal bulan ni. Apapun saja buang masa kat dalam Popular tu walaupun tak membeli. Tertarik pulak dengan Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha. Saja tengok-tengok novel bertemakan Islam selepas tertarik baca novel Tunggu Teduh Dulu oleh Faisal Tehrani yang kekasih hati saya hadiahkan tahun lepas.
"Akak ade buku ni. Kalau Norin nak baca, akak bagi. Akak hadiahkan kat Norin"
"Eh? Boleh gak. Hehehe..takpe ke?"
"Takpelah. Akak tak berapa suka baca novel-novel fiction. Akak bagi Norin je la"
Lepas tengok buku, kami masuk Pacific pulak. Waah, Kak Min beli sampai 2 handbags tu. Total up to RM400..huhu. Penat pusing-pusing, kami ke KFC untuk lunch pada pukul 3 ptg. Kak Min belanja..weeehoooo!
Okay la dah penat taip sambil baring. Nak layan novel plak, hopefully best gak. Lepas ni novel jadi peneman tidur la..huhu.
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!