Sepanjang jalan masuk ke dewan, para penyambut tetamu dari sebelah Abu dah siap berdiri bersalam dengan kami. Kami amik meja yang paling depan untuk tetamu biasa-biasa macam kami ni la, nak duk meja VVIP tak layak pulak..hehe. Belum panas punggung, adik Aleen datang ke meja kami untuk kami isikan guest book. Aqilah memang tabah melayan kami yang banyak songeh masa tu.
Di meja tu, kami kawan-kawan Aleen masa di U duduk berkumpul. Banyak la cerita keluar sementara tunggu kedua mempelai masuk dewan. Hurmm..dekat kul 11 jugak la baru Aleen dan Abu berarak masuk dewan. Selama sejam sebelum tu, semuanya ketibaan tetamu kehormat. Takpe la, bukan selalu pun menunggu lagipun tak rasa sangat sebab berborak-borak sikit.
Ada la beberapa acara yang berlangsung; tepung tawar, potong kek. Semuanya selesai dalam masa sejam termasuk acara makan-makan. Yang seronoknya dapat tengok Aleen sanding dan jumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa. Ada Linda, Dayang Liz dengan Zye, Cher dengan husband, Timah dengan husband, dan Ali Fainur yang kesemua mereka memang asal Borneo. Kalau tak datang wedding Aleen, memang takde la nak jumpa..heee.
Belum pun majlis resepsi tu habis sepenuhnya, kami gegas balik ke rumah Diana untuk tukar baju ke Sarikin. Huh, memang rushing ajelah sepanjang di Kuching tu. Perjalanan amik masa setengah jam jugak. Sarikin adalah sempadan Sarawak-Indonesia. Dari Kuching, kena lalu Bau untuk sampai Sarikin. Di Sarikin saya shopping telekung dengan bahan baju kurung. Dekat situ je abis lebih RM200. Tempat tu panas, kedai berderet-deret macam kat Wang Kelian.
Selesai shopping, masa untuk balik. Tapi masing-masing letih dan buat keputusan untuk singgah di Bau untuk minum. Kami sepakat order teh C peng special; air teh yang ada 3 layer tu. Kemaruk sangat minum air tu, sampai entah berapa snapped photos untuk air tu je. Happy la masa tu.
Sampai di Kuching, Diana hantarkan saya dan Comel ke rumah Aleen. Kami berpisah di situ. Terima kasih atas layanan yang Diana bagi untuk kami. Sebaik masuk ke rumah Aleen, kami berkemas untuk flight malam tu. Tengah berkemas, sesuatu yang pelik saya perasan. Kek lapis saya tertukar ni. Mana kek lapis sisik ikan saya? Hah udah..tertukar ngan sape plak ni. Aisey..dah la tak singgah lagi kat rumah Diana. Uhuk, kek lapis sisik ikan tu la yang paling saya suka. Mahal sikit lima ringgit dari kek lapis yang lain pulak tu. Hurmm..takde rezeki.
Kak Izma dan Abang Jaz yang hantar saya dan Comel ke airport Kuching. Kat airport jumpa lagi ngan uncle dan aunty Aleen yang nak balik KL jugak. Rupanya sama flight. Lepas check in, semasa tunggu dekat departure hall tu, kami tengok kat screen, flight delay. Adei, lambat la nampaknya saya sampai KL. Udah la Abah dan abang saya takde kat KL masa tu. Terpaksalah amik teksi bila sampai di KL nanti.
Mungkin nasib saya kurang baik masa tu. Saya rasakan perkhidmatan LCCT kurang memuaskan. Terpaksa jalan jauh dari plane ke arrival hall tu. Pulak tu bila sampai kat tempat amik bag, satu kaunter sampai uruskan luggage untuk 3 flights. Bagi saya, tak sistematik dan berkesan betul! Passanger 3 flights ni berkerumun kat sepanjang laluan luggage tu. Sesak! Dekat kul 1 pg pun tak settle lagi. Saya amik bus shuttle ke KL Sentral pun sampai dekat kul 2.30 pg. Sampai di KL Sentral, saya tak berani amik teksi. Yang kurang ajarnya, ada driver teksi yang perli saya kata "dia takut naik teksi, takut kena rogol". Hish...memang sial la driver tu. Memang buat saya lagi takut nak amik teksi waktu tu.
Saya called Bibik saya yang duk kat Setapak. Mujur Bibik ngan Paman saya belum tidur dan suruh saya tunggu kat situ sampai diorang datang. Lama jugak la saya tunggu, tapi nasib baik Bibik ada. Bibik hantar saya sampai ke rumah dekat kul 4pg gak la. Mak yang sambut saya. Saya 'upah' Bibik kek lapis sebiji. Lepas minum-minum kejap kat rumah saya, Bibik dan Paman pun balik rumah diorang. Mak dan saya pulak masuk tidur lepas borak-borak sekejap.
Penat, tapi seronok. Huh tak lupa...takut pun ade!
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!