Kain Putih

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Apabila kita tengok bayi, semuanya comel kan? Tak kiralah siapa ayah dan ibunya, apa bangsa keturunannya, atau bagaimana kelahirannya, mereka adalah suci. Jadi, sangatlah tepat dengan perumpamaan bahawa bayi ibarat kain putih. Selepas 10 bulan perkahwinan, rezeki tu masih belum tiba. InsyaAllah, suatu hari nanti jika dikurniakan rezeki kami berdua akan merasai perasaan yang sukar digambarkan sebagai seorang ibu dan ayah. Cabaran untuk mencorakkan kain putih di zaman moden ni sangat menguji, mungkin juga sebenarnya kami belum bersedia. Allah Maha Mengetahui dan Perancang Yang Hebat, Dia pasti tahu bila masa yang sesuai.

Semalam saya menziarah anak sahabat yang baru berusia dua bulan. Qirshatul Afnan Hanana namanya. Ibunya (Shafaq) kata, bukan selalu dapat anak, jadi apa salahnya bubuh nama yang special walaupun panjang. Berjanji dengan sahabat yang lain untuk bertemu di rumah Shafaq, Ana datang bersama suami dan buah hatinya, Muhammad Adam. Untunglah kami, ada dua bayi di dalam satu perjumpaan.




up