Adakah anda peminat soya?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Anda peminat soya? Saya, ermm ya! Dulu masa saya masih bersekolah rendah di pinggir bandar Kuala Lumpur, hampir setiap hari saya beli air soya homemade semasa dalam perjalanan ke sekolah. Kalau tak pekena air soya sejuk tengahari tu, tak sempurna rasanya. Suka sangatlah, sampailah ada satu hari tu saya demam panas dan doktor menasihatkan supaya banyakkan pengambilan protein daripada ikan, kurangkan pengambilan protein daripada soya. Protein daripada ikan adalah lebih baik daripada protein daripada soya katanya. "Ok, doctor. I understood".. Eceh, takde lah saya cakap camtu pun. Sekadar angguk je. Bukan main nak speaking London nyer.. Sejak tu, saya dah kurangkan beli air soya yang sangat tempting tu. Sekadar lalu dan jeling-jeling je sebelah gerai air soya yang sejuk meleleh tu. Oh, NO! Tapi kekadang beli jugak lah. Doktor kata kurangkan je kan, bukan suruh tolak terus..hehehe

Semasa berbuka puasa, favorite air tentulah air soya. Setiap kali pergi bazar Ramadhan [atau nama sekarang PARAM; pasar Ramadhan ;-)], plastik air soya adalah salah satu plastik yang tersangkut kat jari. Alangkah nikmatnya minum air soya! Air mahal Ribena pun tak boleh lawan, you...

source: Google


TAPI....bila dah meningkat usia dan bergaul dengan ramai orang, saya dapat tahu soya tak bagus sebenarnya. Ini kerana kebanyakan dalam pasaran adalah jenis genetically modified organism (GMO) iaitu soya yang telah diubah genetiknya, bukan asli. Dan soya adalah tidak bagus untuk diambil secara berlebihan dan mentah. Sebaik-baiknya, pengambilan soya perlu dalam kuantiti sederhana dan telah diperap (fermented). Contohnya soya yang telah diperap ialah seperti tempe, miso dan natto.


up