بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
Berkongsi maklumat atau ilmu dengan teman, menjadikan kita lebih faham dengan sesuatu perkara.
Hari ni Cik Rean selesai berkongsi sedikit maklumat dengan Adek Mahani berkenaan membina multiple blogs dengan menggunakan satu email yang sama. Kami juga buat revision tentang membina fan page di Facebook dan merge dua atau lebih fan page jika fan page itu sama nama dan mempunyai niche yang sama. Dengan satu platform Instagram di smartphone, kita juga boleh switch ke beberapa account tanpa perlu install insta-clone.
Bagi yang memang follow perkembangan semasa teknologi dan sosial media ni, maklumat-maklumat di atas tu bunyi lapuk kot. Tapi bagi kami yang baru berjinak-jinak yang mengaktifkan diri semula ni, banyak maklumat yang perlu dikemaskini..hehehe.
I would like to share the informations to you too. Semoga ada manfaat dan dapatlah Cik Rean kumpul pahala sikit hehehe. Kali ni Cik Rean share dulu cara bina multiple blogs dengan satu account. Pada entry yang seterusnya Cik Rean share maklumat-maklumat lain pula ya..
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Kebanyakan beginner akan mula blogging dengan bercerita aktiviti-aktiviti harian mereka di blog masing-masing. Tapi selain daripada personal blog, ada juga yang mula nak berniaga menggunakan blog selaras dengan trend online business semasa.
Ada yang suka kumpulkan sekali cerita peribadi dengan entry berkenaan perniagaan masing-masing, tapi ada juga yang lebih selesa mengasingkan supaya nampak lebih professional.
Kalau kita memilih cara yang kedua, mesti leceh kan kalau terpaksa login-logout setiap kali nak post blog entry pada blog yang berlainan. Jangan bimbang sebab ada caranya supaya tak perlu create satu email baru semata-mata nak buat blog baru. Jom follow cara ni, senang sangat!
Yang penting sekali kena login Blogspot dulu. Di sebelah kiri bahagian atas, drop-down selection ni untuk New blog
Selepas click pada New blog, akan pop-up window kecil. Isikan nama blog yang baru beserta address yang bersesuaian. Blogspot akan semak availability address tu, kalau tak available, tukar address lain bersesuaian hingga berjaya. Click pada Create blog! dan Blogspot akan create blog yang baru tu. Selesai!
Setiap kali nak update blog, cuma switch je dengan click pada drop-down tu. Selepas pilih blog mana nak update, tulislah entry di New post.
Senang sangat kan? Boleh create banyak blog yang berbeza lah lepas ni. Business blog je ada 3, personal blog ada 2 hahaha