Hati Kecil

Isnin lepas saya terima satu berita kematian. Kenalan semasa di Universiti meninggal dunia akibat kemalangan semasa pulang dari majlis konvokesyennya di UTM. Arelyn, seperti yang kawan² panggil, meninggal dunia kira² 2jam selepas kemalangan tu. Innalillah..tu je yg mampu saya jawap bila Atif sms beritakan kematian tu. Terbayangkan sifat lemah-lembut dan budi bahasa Arelyn yang xpernah saya berkecil hati terhadapnya sebab dia memang seorang yang baik. Al-Fatihah utk Arelyn.. Sesungguhnya ajal tu amat mudah dan dekat. Tiba² saya sangat takut, dan memang sejak belakangan ni, sejak demam Khamis lepas, saya jadi lemah semangat. Semalam, seorang lelaki called tentang hal kerja. Suara dia sangat garau dan tegas, tapi dia tak marah pun. Entahlah, dengar saja suara dia, saya jadi kecut perut. Terus je saya terdiam sampai dia sendiri hang up. Masa demam tu, saya trauma sebenarnya. Saya takut saya akan mati.. Minggu tu memang banyak kematian H1N1, jadi bila saya sendiri yang demam, saya jadi takut kalau² saya terkena H1N1. Ketakutan tu terbawa² sampai sekarang, tambah lagi dengan berita kematian Arelyn. Ajal tak tunggu, bila² masa je Allah akan tarik nikmat hidup kita.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up