Dah dekat seminggu pun, tapi hari ni baru berkesempatan nak menaip. 3 4 hari ni sangat busy di opis, balik umah terus je berehat-rehat dan berkubang atas katil. *En.Syg tnya, kenapa saya gunakan perkataan 'berkubang'? Anda ada jawapannya?*
Ok, back to main point. Majlis nikah Ayu dan Fairuzy aka Jawa. Saya datang hari Ahad tu. Overall sempoi je, tapi sempurna bagi saya. Yang wajib kan akad tu, yang len tu adalah pilihan kita nak buat camne.
Saya sampai jugak kat masjid tempat dorg nikah tu selepas melalui beberapa dugaan. Sebabnya tetiba dapat tau xde orang yg blh bwk sy ke situ; Abah ke Port Klang, Abang Yus plak ke Semenyih. Semalaman fikir mana nak cari transport. Kembara dah tak boleh start. Akhirnya pilihan terakhir ialah Kancil Abang Apis. Itupun setelah menyusahkan banyak pihak demi sebuah transport. *Emm benda xbest, malas la nak citer. Tak elok ungkit*
Dari Selayang ke Sungai Buloh dengan Kancil plate number Johor, akhirnya jumpa jugak masjid tersebut setelah terlajak ke Sungai Pelong. Sesampai je kat ctu, majlis akad dah selesai. Sesi bergambar mengambil tempat. Aisey..tak sempat la tengok Ayu kesat ayaq mata kot. Hehehe...
Saya tumpang happy tengok dorg. Tahun depan kot turn saya. InsyaAllah. Jom layan photo dorg. Hari Sabtu ni majlis resepsi pulak. Yeahhh..saya balik KL lagi!
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!