Ni nak sambung citer, 3hb hari Khamis tu saya dan Iman tumpang abang sekeluarga balik Sagil. Kami gerak malam dalam kul 9 gitu. Dekat sampai Sogo, abang called kampung beritahu kami OTW balik. Abang cakap ngan Mbah Yah masa tu. Ok, just nak inform je la. Selang beberapa minit, henpon saya berbunyi. Mbah Kanang called pulak. Mbah tanya kami dah sampai mana, saya jawap dah dekat belakang Dataran (Merdeka). Mbah Kanang kata tak jauh lagi kalau nak patah balik. Terkejut saya! Mbah Kanang tak bagi kami balik Sagil dengan sebab rumah dah dipecah. Cuma yang tinggal bahagian dapur dan bilik tidur Mbah je. Mbah halang kami balik sebab nanti takde tempat nak tidur. Bagi kami, tak kesah sangat nak tidur bersempit-sempit pun. Tapi sebagai Mbah yang sayangkan cucu-cucunya, Mbah pentingkan keselesaan kami.
Dengan keras hati dan rasa rajuk, abang teruskan jugak perjalanan balik ke Sagil. "Kalau gerak Mbah tak siapa boleh halang, gerak Yus (sebut Yos) pun tak siapa boleh halang kecuali Allah". Kata abang, nak balik jenguk Mbah sendiri pun tak boleh. Len kali tak mo balik dah kalau kali ni tak bagi balik. Mengalah jugak Mbah, tapi kami disuruh called abang Apis untuk tumpang tidur di rumah mertuanya. Esok paginya kami ke rumah Mbah selepas sarapan.
Sebaik sampai, Mbah Kanang takde, dia g noreh getah. Si tua yang berumur 75 tahun tu masih sehat dan kuat. Kami kagum dengan Mbah Kanang kami tu. Dia bukan boleh duduk-duduk saja mensia-siakan keringatnya. Dia akan terus bekerja selagi tak tutup mata (tidur). Lepas Mbah Kanang duduk berehat sambil minum kopi, kami sama-sama mengerjakan apa-apa yang patut kat luar tu. Mbah Kanang, Paman Din, Soleh, Abang Yus dan Iman mencabut paku pada papan/tiang dan angkut untuk kumpulkan pada satu tempat. Saya pulak tolong kutip paku-paku yang berselerak kat tanah. Itu sajalah yang saya mampu buat. Jangan harap nak suruh saya angkat papan-papan tu, Mbah Kanang takkan bagi punya. Dia tak bagi saya buat kerja-kerja lelaki. Jangankan angkat papan, pernah saya mintak nak ikut g kebun pun dia tak bagi. "Ish, tak yah la. Ko tu perempuan. Teman Mbah Yah kat umah"..huhu.
Leka menolong kat luar, tak sedar matahari pun dah terpacak. Mbah suruh berhenti untuk solat Zuhur. Sekali air takde la pulak. Aii..banjir kat Segamat takkan kat Ledang takde air kot. Disebabkan dah rancang nak mandi kat kaki Gunung Ledang, saya tak kesah sangat la air takde. Tapi pada yang tak ikut tu, alternatifnya dorang mandi dekat kali (sungai) depan rumah Mbah. Dulu masa kecik-kecik memang selalu siblon kat sungai tu. Bila dah tua ni, dah tak pernah dah sejak Mbah btau ade 'tali pinggang' kat situ.
Petang sikit dekat-dekat senja tu barulah air ade. Malam tu kitorang tidur kat rumah Mbah. Ok je, takde la bersempit-sempit pun. Mbah je yang risau sangat. Hari Sabtu, selepas kenduri kesyukuran kat rumah mertua Abang Apis, kami gerak balik ke KL. Kul 12.30 dah sampai kat rumah, tanpa jammed.