Hepi.Bday.Nina

Hari ni birthday anak buah kami yang pertama, Nur Amanina. Dah 5 tahun pun dia. Sekarang dah masuk PASTI, kalau tak silap saya lah..heee.

Sejak pagi tadi dah sedar hari ni birthday dia, tapi sengaja tak call sebab kan dia sekolah waktu tu. Jadi saya sengaja tunggu petang untuk call. Sebaik sampai di rumah pukul 6 tadi, saya pun called phone number ibu Nina, Kak Ain iaitu kakak ipar saya. Suprised jugak rasanya tadi, suara yang pertama didengar bukan suara Kak Ain, sebaliknya suara Nina. Mungkin ibu Nina sengaja bagi terus henpon tu pada dia sebab ibu Nina tau bibik Nina call untuk wish birthday dia.

Lucu sangat bila diingat perbualan tadi. Jawapan dan soalan dari Nina buat saya tersenyum je.

"Kenapa bibik telefon kakak? Semua orang telefon kakak hari ni."
          "Kenapa pulak? Saja la bibik telefon kakak. Kan hari ni hari jadi kakak.. Siapa lagi telefon kakak?"
"Tadi Mbah Usop, sekarang bibik pulak. Kejap lagi Paman Soleh nak telefon jugak."
          "Owh ye ke? Maknanya semua orang sayang kakak la. Kakak sayang semua orang tak?"
"Sayang la.. Ish..ish..ish.. Cobaannnn"
          "Hehehe"
"Bibik tau tak kenapa kakak cakap cobaan? Sebabbbb...penat la kakak nak cakap ngan semua orang kalau semua orang telefon kakak.."
          "Hahahahaha"

Bijak sungguh budak kecik tu. Rasa nak cubit-cubit je pipi dia. Bukan main keletah dia bercakap..heee.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up