Safely.Home

Today I am out of office. Cuti yang di'applied' bulan Januari lepas memberi saya peluang berehat selama 4 hari sehingga hari Isnin nanti. Plan asal nak bergerak ke KL petang semalam selepas office hour, tapi ditangguhkan sebab-sebab tertentu. Pagi tadi selepas breakfast dengan En.Syg, saya gerak sorang-sorang tanpa henti. Dari pukul 8.38am di Kulim, sampai KL pukul 12.15pm. Traffic lancar, siap main-main dengan Audi berplat number WSE **. Lenguh kaki kanan menekan pedal minyak, harap-harap tak kena speed trap.

Sampai kat umah layan pulut kuning dengan kari daging lalu tertidur atas sofa. Bangun solat Zuhur, sampai sekarang tak tidur lagi. Lepak-lepak dengan anak buah yang dua orang ni sambil layan drama di TV. Konon-konon petang tadi jalan-jalan kat Taman Metropolitan Kepong tu, tapi si kecik tu tertidur plak. So seharian melepak-lepak kat umah.

Esok nak g mall cari hadiah kawen. Malamnya nak g majlis kawen kawan. Tapi belum janji lagi ngan sesape nak g sama-sama. Dalam kad dijemput Cik Rean dan pasangan, tapi En.Syg tak dapat nak hadir sebab ade komitmen kje. Xpelah, lagipun kami belum terikat lagi, segan pulak nak berpasangan g kenduri. Hohoho..

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up