Dari.Bibik.Untuk.Kakak

Mengimbau potpetpotpet dari Sungai Besar, Selangor sampailah tiba kat Setapak, KL pada CNY lepas. 2 jam punya perjalanan melayan Nur Amanina borak. Sampai lenguhlah mulut Bibiknya ni bercerita. Lepas satu cerita ke cerita yang lain.
Bibik ceritalah, Kakak nak dengar
Alaa..penatlah Bibik layan Kakak ni. Tengok Adik Athirah tu, sedap je dia tidur atas pangku Embah Tina. Kakak tidurlah.
Tak nak, kakak tak ngantuk pun. Bibik ceritalah. Ok, kita main teka-teki...
2 jam, camtulah. Terselang dengan potpetpotpet pasal birthday Kakak.

Eh, lagi dua minggu lagi birthday Kakak kan?
Ermm..tau takpe
Yelah, mestilah Bibik tau. Bibik ingatlah birthday Kakak
Ye ke?
Yelah..
Bibik belikan Kakak kek tau. Kakak nak kek Angry Bird
Eh, pandai-pandai je buat janji. Bibik tak janji tau, Kakak yang cakap sendiri
Alaa..bolehlah
Ermm..Bibik tak janji tau, lagipun boss Bibik tak bagi duit lebih kat Bibik pun tahun ni. Takde la duit nak belikan kek untuk Kakak
Ermm..ok lah, takpe lah..
Tak sampai hati pulak hasrat anak kecil ni tak dipenuhi. Semalam selepas Zuhur, saya siapkan bahan untuk buatkan kek kukus macam dalam entry lepas (tapi kali ni lebih sedap..ihik). Plan saya, lepas siap kek tu dikukus, saya nak mintak jiran yang sentiasa standby krim kek untuk tuliskan "Happy Birthday Nina" dengan seekor Angry Bird. Just a simple sweet cake from Bibik. Selepas kek tu siap dikukus, saya minta adik perempuan saya hantarkan ke rumah jiran dan minta tolong darinya. Tanpa tunggu kek tu siap ditulis, dan tanpa sempat tunggu Amanina tiba di rumah, saya dah pun gerak ke Pudu Sentral untuk pulang ke Kulim.

Semasa dalam perjalanan, adik perempuan saya mengirimkan photo kek tu. Ya Allah, tersenyum lebar bila tengok photo tu. Cantik dan saya sangat suka. Terima kasih pada Ima; jiran saya yang deko kek tu secantik itu. Saya cuma bayangkan hiasan yang simple je, tapi yang dia berikan itu lebih daripada apa yang saya sangka. Kalau saya yang tengok pun dah suka, inikan pula Amanina yang dapat kek tu. Terima kasih Ima yang menolong saya menyempurnakan impian si kecil. Semoga Allah memberikan pahala yang besar pada kita, kerana sesungguhnya menggembirakan anak kecil juga merupakan satu sedekah dan kebajikan yang besar. InsyaAllah~

purrfect! i loike~

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up