CubaanPecahMasuk

Hari Sabtu lepas dengan tergesa-gesa saya keluar rumah menuju ke Utara. Selepas berpatah balik ambil telefon tertinggal, saya pastikan rumah berkunci dengan elok. Pintu grill berkunci-cangkuk dengan sempurna dan bermangga. Undurkan kereta keluar dari garage, kemudian manggakan gate pula. Walaupun tergesa-gesa, saya pastikan rumah ditinggal dengan keadaan selamat dan sempurna. Malah, plug Streamyx pun saya siap cabut dari soket sebelum keluar dari rumah.

Tapi balik semalam, saya perasan pintu grill renggang hingga nampak kunci-cangkuk. Saya mula curiga. Tak mungkin saya yang tarik pintu grill tu. Hati mula resah. Tapi takpelah, takde pape kot. Barang-barang belian dari Padang Besar dan beg baju saya punggah masuk dalam rumah. Kuncikan pagar, kereta, pintu grill dan daun pintu semua, lepas simpan barang-barang semua dalam bilik.

Sebelum mandi rasa nak minum dulu, so masuk dapur untuk masak air. Tetiba mata tertancap pada tirai yang terselak; betul-betul terselak pada selak pintu. Aiseyman..memang dah sah ada tanda-tanda orang nak buat kje ni. Mujurlah ada mangga kat situ. Dah la sorang-sorang, housemates sume tak balik. Tapi tawakal je la, mulut tak henti baca Ayat Kursi mintak Allah lindungi. Alhamdulillah, pagi ni bangun tanpa ada pape berlaku.

1 comment(s):

Dovy Lace said...

alhamdulillah xde pape berlaku kan..barang pun xde yang hilang..hope xde pape yg bruk berlaku lepas ni..but elakkn duk rumah sorg2..bhye..skrang ni rumah sndiri pun belum tentu selamat kan haish

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up