السلام عليكم
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Ya Allah, sesungguhnya engkaulah yang berhak sepenuhnya terhadap hambaMu
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau memberikan ketenangan kepadaku dalam menghadapi ujian ini
Dengan rahmat dan kasih sayangMu, aku bersyukur telah kulalui ujian yang kau berikan ini dengan fikiran yang waras yang telah Kau ilhamkan padaku
Ya Allah, ku mohon padaMu agar Engkau berterusan memberikanku fikiran yang waras dan hati yang tenang dalam menempuhi setiap ujian mendatang
Janganlah Engkau menarik ketenangan ini daripada hatiku, Ya Allah
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!