Almost 4 years

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Tak berjaya jugak saya maintained cas dalam bateri tu. Kena ganti jugak nampaknya. Haish, kopak..kopak. Huhuhu..

Selepas hampir 4 tahun setia berbakti, dia terpaksa mengalah. Colleague saya kata rare jugak la kalau bateri boleh bertahan lebih 3 tahun. Mostly, jangka hayat bateri 2 hingga 3 tahun je. Kira tahan lasak jugak lah bateri kereta saya tu.

Nanti terpaksalah minta bantuan kawan-kawan untuk buat jump start. Kemudian nak g kedai yang boleh tawarkan harga menarik untuk jenis yang sama. Hari tu ada 1 kedai tawarkan RM270 untuk bateri jenis tu; sel kering saiz besar. Katanya sel basah saiz besar RM250..baik beli sel kering kot <-- kata-kata si penyegan =)

Lazy Saturday

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Hari ni sambung tidur lepas bangun solat Subuh tadi. Tapi tak lama, dalam sejam je. Lepas tu bersihkan diri dan sarapan. Goreng roti telur je, saja nak habiskan roti yang bakal expired esok..hehehe. Tapi itu pun masih ada lagi 4~5 keping roti yang belum dikerjakan. Takpe lah petang nanti boleh goreng lagi kot.

Bateri kereta dah hampir kong. Hari Ahad 3 minggu lepas kereta tak boleh start sebab takde cas kot. Terpaksa buat 2 kali jump start, barulah berjaya start kereta. Mungkin sebab hari Sabtu tu kereta tak bergerak, jadi bateri tak recharged. Sekarang noted yang kereta perlu bergerak setiap hari, atau sekurang-kurangnya start dan biar idle selama setengah jam supaya bateri sentiasa cukup cas. Syg siap pesan suruh tanggalkan kabel pada terminal bateri kalau tak bercadang ke mana-mana. So, tadi lepas sarapan saya start engine kereta dan biar idle untuk lebih 15 mins. Sambil-sambil tu kemas-kemas sikit-sikit. Sebelum balik bekerja beberapa hari lepas, Syg dah cuci dan kemas kereta tu. Takde apa sangatlah untuk saya kemas, cuma sembur-sembur pewangi je.

Tengahari ni tak makan lagi sebab masih kenyang dengan 3 keping roti telur pagi tadi. Tapi ikan dah dikeluarkan dari fridge, nanti goreng je makan dengan sambal kicap. Sedap jugak tu..huhu simple sudahhh!

Hari ni memang tak bercadang ke mana-mana pun. Plan nak sapu lantai dan mop sekali. Lantai dapur tu dah rasa melekit sikit, mungkin sebab asyik menggoreng aje. Nak mengemop tu takde masalah sangat walaupun kepala mop tu dah uzur, tapi tang menyapu tu yang leceh sikit...hehe. Alah dengan habuk masalahnya. Tambah pulak dengan masalah resdung ni..haish. Kena beli vacuum cleaner cepat-cepat ni. Syiok kalau dapat beli robot vacuum cleaner kan? Tapi penggunaannya terhad pada lantai je, tu lah kekurangannya. Nak beli yang biasa-biasa tu je. Ermm..nantilah, bila ada kelapangan.

Tiada teman bergaduh

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Blog yang diabaikan bila suami ada di sisi. Ya, memanfaatkan quality time dengan beliau. Pastinya blog ini sangat memahami. After all, blog ini adalah interpretasi hati tuannya bukan?

Buah hati dah pulang bekerja, tiada lagi teman bergaduh untuk beberapa ketika ini. Melihatkan kepergiannya merenggut rasa bahagia, namun terpaksa merelakan demi rezeki kami berdua. Bersabarlah wahai hati, doakan yang baik-baik saja untuk keluarga kecil ini. Ameen..

Pencurang berzina wajar dibunuh?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Rentetan artikel berita di akhbar online hari ni, seperti berikut:-

Hubungan sulit: Lelaki ditikam rakan senegara

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai berang selepas mengetahui hubungan sulit isterinya dengan rakan senegara bertindak menikam lelaki berkenaan di lorong Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu disedari lima rakan senegara yang kebetulan melalui lorong berkenaan.
"Sebelum kejadian, berlaku pergaduhan antara suspek berusia 33 tahun itu dengan si mati namun berjaya dileraikan oleh kelima-lima saksi berkenaan.
"Mangsa berusia 35 tahun yang parah akibat ditikam beberapa kali di belakang badan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mangsa bagaimanapun gagal diselamatkan berikutan kecederaan parah yang dialami dan meninggal dunia di hospital.
"Tiga tikaman dikesan di belakang badan si mati. Suspek pula menghilangkan diri sejak kejadian itu," jelasnya lagi.
Tambah Zainuddin, polis menemukan sebilah pisau pemotong sayur dipercayai digunakan suspek untuk menikam mangsa.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130217/je_01/Hubungan-sulit-Lelaki-ditikam-rakan-senegara#ixzz2LDnloLPf
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Apa pendapat anda? Sedang dalam hukuman bagi penzina ialah rejam hingga mati. Namun, siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman.



up