Pencurang berzina wajar dibunuh?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Rentetan artikel berita di akhbar online hari ni, seperti berikut:-

Hubungan sulit: Lelaki ditikam rakan senegara

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai berang selepas mengetahui hubungan sulit isterinya dengan rakan senegara bertindak menikam lelaki berkenaan di lorong Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu disedari lima rakan senegara yang kebetulan melalui lorong berkenaan.
"Sebelum kejadian, berlaku pergaduhan antara suspek berusia 33 tahun itu dengan si mati namun berjaya dileraikan oleh kelima-lima saksi berkenaan.
"Mangsa berusia 35 tahun yang parah akibat ditikam beberapa kali di belakang badan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mangsa bagaimanapun gagal diselamatkan berikutan kecederaan parah yang dialami dan meninggal dunia di hospital.
"Tiga tikaman dikesan di belakang badan si mati. Suspek pula menghilangkan diri sejak kejadian itu," jelasnya lagi.
Tambah Zainuddin, polis menemukan sebilah pisau pemotong sayur dipercayai digunakan suspek untuk menikam mangsa.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130217/je_01/Hubungan-sulit-Lelaki-ditikam-rakan-senegara#ixzz2LDnloLPf
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Apa pendapat anda? Sedang dalam hukuman bagi penzina ialah rejam hingga mati. Namun, siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman.


0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up