Emas

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم


Disebabkan emas tengah turun harga ni, jadi ramai yang berpusu-pusu serbu kedai emas.
Dapat gaji nanti, siaplah..!

Apa pun mari ketahui info pasal zakat emas, kot-kot terlebih borong nanti..hehe

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/pengiraan-zakat-emas-dan-perak/

Ka-ngar vs. Kan-gar

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Maaflah, semakin hari semakin tak rajin nak menaip. Sejak akhir-akhir ni lebih suka klik-klik sambil mata dan telinga disaji dengan artikel-artikel dan video-video menarik di internet.

Hari ni sejak balik dari office hingga ke minit-minit terakhir sebelum masuk tidur ni, saya suka nak dengar alunan Qasidah daripada YouTube. Dok ulang-ulang Ya Hanana dan Qasidah Istighfar. Alhamdulillah, menyenangkan telinga mendengarnya. Tapi dalam dok leka tu teringat adik kecil saya yang berumur 11 tahun; Alim.

Pada hujung minggu lepas saya balik ke rumah Mak Abah saya. Seperti biasanya, dari sini pada petang Jumaat menaiki bus. Sengaja saya tak beli return ticket bus Plusliner sebab nanti terpaksa naik di Pudu Sentral. Sedangkan rumah Mak Abah lebih dekat dengan Hentian Duta, eloklah saya naik bus MaraLiner aje.

Pagi Ahad tu selepas kami sekeluarga bersarapan di kedai Pakcik Kamal, saya minta Abah pandu ke Hentian Duta untuk saya dapatkan tiket untuk petang itu. Adik Alim teman saya ke kaunter sementara yang lain tunggu di dalam kereta. Kami tunggu penjual tiket di kaunter MaraLiner yang entah mana hilangnya. Sedang menunggu, Adik Alim tanya "Akak nak beli tiket balik Kan-gar eh?"

Hahaha..lucu, terus teringat lecturer DSP yang berasal dari India semasa belajar di Perlis dulu. Dalam pada geram sebab tak faham accent Indian-English dia yang menyebabkan saya dropped subjek tu, dia bagi memory manis di zaman belajar. "How far Kan-gar from here?" Instead pronounce KANGAR as Ka-ngar, dia sebut sebagai Kan-gar. Bayangkanlah dia nak cycling dari Kuala Perlis ke Kangar! Student yang bendol ni siap betulkan pronunciation lagi sambil beritahu yang Kangar tu agak jauh kalau nak berbasikal. Sebut y(n) sebagai 'wai-yen', bukan 'wai-en'.. Sebut ZERO sebagai 'jiro'.. Hehe entah apa khabar dia, dah balik India agaknya.

Adik Alim senyum-senyum bila saya betulkan sebutan KANGAR tu..hehehe

4 bulan dah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Hari genap 4 bulan bergelar isteri. Alhamdulillah~


Masih baru, segalanya masih kabur. Tapi bibir ini sering memohon kepada Pemilik segala hati supaya jodoh ini berpanjangan dan cinta ini sentiasa subur di dalam hati-hati kami.

Bak pepatah 'sayang anak, tangan-tangankan. sayang isteri, tinggal-tinggalkan', saya harap setiap kali kami berjumpa, cinta dan rindu kami semakin mendalam. Everytime kalau En.Syg balik, rasa macam honeymoon gitu..hehe. Berdua bersama~

Oh, semalam ada godek-godek laptop ni. Dalam pada godek-godek tu terjumpa satu picture yang menarik. Sebuah perkongsian, semoga dapat diamalkan demi kesejahteraan rumahtangga kita. Aameen..


Kembali Public

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Kawan-kawan ada yang perasan, mana blog Cik Rean hilang? Cik Rean dah tak blogging ke? Huhuhu..korang perasan tak?

Blog ni ada je sebenarnya.. Cuma dah 4 bulan ni saya private-kan blog ni untuk tatapan umum. Eceh, jawapan retis gitu~

Bukan apa, yelah kan sekarang dah jadi isteri orang, risau kalau-kalau tercatat rahsia rumahtangga yang tak sepatutnya diceritakan pulak. Namun En.Suami dah bagi permission untuk terus blogging, tapi kenalah berhati-hati dan bijaksana.

Terima kasih, Syg~


Report Card Saya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Alhamdulillah, syukur Allah limpahkan rezeki. Pencapaian tahun lepas diberikan pengiktirafan pada tahun ni. Ada increment dalam gaji dan incentive pada hujung bulan ni. *We do not call it bonus but incentive

Macam double happiness gitu. Appraisal daripada boss pun positive. Alhamdulillah~




Impian Saya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Kebelakangan ni rasa bosan bekerja. Otak tak berkembang sebab kurang berfikir. Macam mana nak berfikir kalau tak tahu apa yang saya perlu fikirkan. Kerja sekarang memerlukan technical knowledge yang mantap untuk saya terus kekal dan maju. Tanpa knowledge, saya terkapai-kapai tanpa tujuan, maka passion merundum jatuh.

Saya idamkan kerjaya yang menggerakkan otak saya dan santai serta dapat menjana ekonomi keluarga. Rasa nak cari satu product yang boleh buat online business.


up